Punya la Pesan kat Fb Suruh Mak Ayah Jangan Lupa Hari ni Hari Khamis.

hari-khamis

Punya la pesan kat Fb suruh mak ayah jangan lupa hari ni hari Khamis. Takut silap susun buku anak-anak hari Isnin pula.

Sekali kelas 1st aku masuk hari ini, dengan keyakinan penuh membara di dada, aku tulis, ‘Isnin’.

Budak-budak terus tegur.

“Cikgu. Hari ni hari Khamis lah. Bukan Isnin”.

Adoi, salah hari la pulak. Budak-budak pakat gelak dah. Merah dah muka malu. Tapi sebagai seorang cikgu, aku mana boleh tunjuk silap dan lemah kat murid. Aku ambik marker merah tambah ayat,

“Lagi 4 hari”.

Budak-budak pakat membawang sesama dia sambil mengira hari.

“Eh. Betul la lagi 4 hari, hari Isnin. Hebat la cikgu”.

“Power la cikgu,” menyampuk murid lain.

“Bijak la cikgu,” hat lain pula mencelah.

Sekelas pakat puji siap tepuk tangan lagi. Awalya pakat gelak, sekarang pakat ‘Wah! Wah! Wah!’ kagum belaka.

Gitu ja nak twist budak-budak ni. Ingat korang je pandai auta? Cikgu ada 7 PhD bab auta ni tau tak? 😝

**********

Buku terbaruuuu! Matematik, Sains, Maths dan BM untuk Tahun 4 & Tahun 5 dah siap cetak gaisss. Klik sini untuk dapatkan : https://shope.ee/7pHYCI4Ess

Buku latihan untuk anak-anak usia 4-6 tahun pun ada gaissss. Baru terbit juga ni. Koleksi buku latihan Prasekolah. Klik sini : https://shope.ee/6KTD2CfEzB

Yang mana cari buku latihan BM, BI, SC dan Math tahun 1-3 klik sini : https://shope.ee/3fRZF6Z6Lg

Yang mana anak masih tak kuasai darab dan bahagi, suruh dia buat buku Mathzier Sifir ni : https://shope.ee/1L3eSuFIe1

Buku latihan Matematik tahun 4-6 klik sini : https://shope.ee/7zcBFfVfaj

#MFS
– Kisah Tahun 1 –

Mohd Fadli Salleh

T.me/EbookCikguFadli

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

April 2025
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930