Masa 2 waktu, dia akan masuk kelas pemulihan. Masa 1 waktu baru masuk kelas bersama kawan-kawan lain. So, aku dapat jumpa dia sekali je seminggu, 4x lagi dia bersama guru pemulihan.
Walau dalam kelas aku cuma sekali seminggu, setiap kali aku mengajar dia fokus. Bila aku bagi kerja, dia buat walau dari 10 soalan hanya betul dua.
Kalau semalam ada Matematik dan ada kerja rumah, hari ini dia akan bawa buku Matematik tunjuk kat aku kerja dia dah siap. Walau hari ini tiada Matematik pun. Dia tetap cari aku kat bilik guru tunjuk hasil kerja yang banyak dibantu oleh abangnya di rumah.
Minggu lepas, aku hadiahkan satu box pensil warna kat dia. Kerana dia bawa buku Matematik hari yang tiada Matematik dan tunjukkan kerja yang dah siap.
Dia punya seronok tu, habis dia cerita kat kawan-kawan dia.
Apa jadi, esoknya kawan-kawan dia yang kelas pemulihan dan yang malas buat kerja biasanya mai cari aku tunjuk hasil kerja. Walhal mereka tiru je buku kawan lain dah siap.
Hahaha. Beratur beb mai nak tunjuk hasil kerja dengan harapan dapat pensel warna juga.
Tapi seorang pun aku tak bagi kerana aku bagitahu, “Hanya orang yang konsisten buat kerja baru cikgu bagi hadiah macam Akmal ni. Setakat sekali je siap macam ni tak dapat”.
Dari ramai-ramai yang datang tu, yang lain dah malas balik kecuali seorang betul-betul tiru cara Akmal. Dan dia pun dapat hadiah juga hari ni.
Inilah namanya teknik ganjaran dalam merangsang motivasi dan semangat murid-murid.
Jika kalian ada anak-anak yang malas belajar, buat kerja dan sebagainya, gunakan teknik ganjaran seperti ini.
Boleh nampak perubahan ketara tau semangat mereka.
Untuk anak-anak yang lemah, dapatkan buku-buku latihan terbaik di sini :
Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/7pQyrAgWvE
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/8A3pFoDi9X
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/3KyZUx5FTs
Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/8zcwFO0Wlp
Nota : Jika anak tahun 4, 5 bahkan tahun 6 sangat lemah dalam Matematik, belikan mereka buku Matematik Tahun 2 dahulu. Sebab dalam bulu latihan Tahun 2, semua operasi asas ada dalam tu. Beribu soalan asas operasi dalam tu.
Setel tahun 2 baru naik ke tahun 3 dan seterusnya. Jangan beli buku ikut tahun mereka sekarang melainkan mereka murid pandai dan laju.
Semoga tips ini bermanfaat.
#MFS
0 Comments