Permohonan Sekolah Khusus & MRSM 2027 Dibuka – Tarikh & Cara Mohon

Permohonan Sekolah Khusus & MRSM 2027 Dibuka – Tarikh, Syarat & Cara Mohon

Permohonan Sekolah Khusus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi kemasukan tahun 2027 akan dibuka secara dalam talian bermula 10 Julai 2026 hingga 14 Ogos 2026.

Permohonan ini memberi peluang kepada murid yang layak untuk melanjutkan pengajian ke sekolah berprestasi tinggi seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta MRSM.

Permohonan Sekolah Khusus MRSM 2027

Tarikh Permohonan

Tempoh permohonan dibuka:

📅 10 Julai 2026 hingga 14 Ogos 2026

Calon disaran membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan pada hari-hari terakhir.

Poster permohonan Sekolah Khusus dan MRSM 2027 bagi murid Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tahun 1 SVM

[Klik pada imej untuk besarkan]

Siapa Yang Layak Memohon?

Permohonan dibuka kepada:

  • ✅ Murid Tahun 6 (kemasukan Tingkatan 1)
  • ✅ Murid Tingkatan 3 (kemasukan Tingkatan 4)
  • ✅ Murid Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

Portal Permohonan

Murid Sekolah Berdaftar Dengan KPM

Kemasukan Tingkatan 1

https://spskt1.moe.gov.my

Kemasukan Tingkatan 4

https://spskt4.moe.gov.my

Poster persediaan awal UASA menggunakan nota ringkas dan latihan soalan untuk bantu anak lebih yakin belajar dari sekarang bagi Tahun 1–6 dan Tingkatan 1–3.

[Iklan / Advertisement]

Murid Sekolah Swasta Yang Tidak Berdaftar Dengan KPM

Permohonan boleh dibuat melalui:

https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

Tarikh Semakan Pusat PKSK

Tingkatan 4

11 September 2026 hingga 1 Oktober 2026

Tingkatan 1

11 September 2026 hingga 22 Oktober 2026

Tarikh Pelaksanaan PKSK

PKSK Tingkatan 4

21 September 2026 hingga 1 Oktober 2026

PKSK Tingkatan 1

12 Oktober 2026 hingga 22 Oktober 2026

Apa Itu PKSK?

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan ujian saringan yang digunakan sebagai salah satu komponen pemilihan calon ke Sekolah Khusus KPM.

Prestasi PKSK bersama syarat kelayakan akademik akan membantu menentukan pemilihan calon ke sekolah pilihan.

Nota kafa Pesan Abi

[Iklan / Advertisement]

Jangan Lepaskan Peluang

Bagi murid yang bercita-cita menyambung pengajian di sekolah berprestasi tinggi seperti SBP, SMKA, KV, SMT, MTD atau MRSM, pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Semak syarat kelayakan serta maklumat terkini melalui portal rasmi sebelum menghantar permohonan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada pencipta /sumber asal bagi tips, jawapan, atau maklumat tambahan.

Sumber: KPM

Sumber: KPM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 W.P. Putrajaya, Malaysia

Telefon : 03-8000 8000
E-mel : 80008000@mygcc.gov.my

Web: https://www.moe.gov.my/

Tahun Ini, Tahun Kita

modul-jawi
word-search-puzzle
cikgu-hakim
tudung si comel

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung si comel
Contoh Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KAFA & UPKK (6 Subjek)
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

June 2026
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930