PPPM 2026–2035: Hala Tuju Asas, Garis Pelaksanaan, Lima Tumpuan Utama & Sasaran Wajib
Perkongsian ini menghimpunkan infografik ringkas Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026–2035 yang disediakan oleh Watie As Asmah. Bahan ini sangat sesuai dijadikan rujukan pantas untuk guru, murid serta ibu bapa bagi memahami hala tuju pendidikan negara bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Apakah Itu PPPM 2026–2035?
PPPM 2026–2035 bukan sekadar satu rancangan pendidikan nasional, malah merupakan agenda strategik negara yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pelan ini bermatlamat melahirkan insan seimbang dan harmonis bagi memacu masa hadapan Malaysia yang mampan, terangkum dan sejahtera.
Tagline PPPM 2026–2035:
Merapatkan Jurang, Meningkatkan Mutu, Meraih Kejayaan Bersama.
🌻 Hala Tuju & Asas PPPM 2026–2035
PPPM 2026–2035 berpaksikan kepada:
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Pendidikan sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. - Visi Pendidikan: Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
- Misi Pendidikan: Melestarikan sistem pendidikan bermutu bagi membangunkan potensi individu dan memenuhi aspirasi negara.
🌻 Garis Masa Pelaksanaan PPPM 2026–2035
Pelaksanaan PPPM dibahagikan kepada tiga fasa utama:
🔹 Fasa 1 (2026–2027): Prakarsa Pencapaian Segera
Tumpuan kepada pelaksanaan tindakan awal yang mampu menunjukkan impak segera.
🔹 Fasa 2 (2028–2030): Prakarsa Jangka Sederhana
Fokus kepada pengukuhan dan peluasan pelaksanaan dasar pendidikan.
🔹 Fasa 3 (2031–2035): Prakarsa Jangka Panjang
Menekankan aspek kelestarian, penambahbaikan berterusan dan pelarasan dasar.
Sila klik pada imej untuk mulakan slide atau besarkan imej:
🌻 Lima Tumpuan Utama PPPM 2026–2035
Pelan ini memberi fokus kepada lima tumpuan utama berikut:
- Mutu
Murid mencapai sekurang-kurangnya gred C bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.
33% sekolah mencapai taraf mutu cemerlang (Sekolah Inspirasi). - Akses dan Ekuiti
Enrolmen sejagat dari peringkat prasekolah hingga menengah atas serta pengurangan 50% jurang pencapaian bandar dan luar bandar. - Ketersediaan Sumber dan Kecekapan
Semua institusi pendidikan KPM mempunyai bangunan dan fasiliti yang dinaik taraf. - Keluwesan
Institusi pendidikan KPM memperoleh autonomi terpimpin sekurang-kurangnya dalam satu bidang. - Kemampanan
Semua warga institusi pendidikan membudayakan amalan kemampanan.
🌻 Sasaran Wajib PPPM 2026–2035
Antara sasaran wajib yang perlu dicapai ialah:
- Akademik: Murid mencapai sekurang-kurangnya gred C bagi empat mata pelajaran teras.
- Digital: Semua murid mencapai tahap kompetensi digital sekurang-kurangnya tahap intermediate.
- Kesihatan: 90% murid Tahap 2 hingga Tingkatan 5 mencapai tahap kecergasan fizikal (SEGAK).
- Bahasa: Penguasaan dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris).
- Prasarana: Semua institusi pendidikan dilengkapi prasarana asas dan rangkaian internet berkelajuan tinggi.
- Kemampanan: Semua institusi pendidikan KPM mempunyai Ikon Lestari.
Kredit & Penghargaan
Infografik dan bahan ini disediakan oleh Watie As Asmah dan dikongsikan semula di CikguFadli.com untuk tujuan rujukan serta pendidikan.
📌 Sumber asal: Facebook Watie As Asmah
https://www.facebook.com/watie.as.asmah/
DOWNLOAD FILE ZIP
📥📑 Klik Link untuk download kompilasi file dalam bentuk ZIP
Penafian
Bahan ini dikongsikan untuk tujuan pendidikan dan rujukan umum. Hak cipta infografik adalah milik asal penyedia bahan.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada pencipta /sumber asal bagi tips, jawapan, atau maklumat tambahan.


















0 Comments