Tip jawab soalan kertas 2 Matematik – Cikgu Fadli

Tip jawab soalan kertas 2 Matematik – Cikgu Fadli

Tips jawab soalan kertas 2.

1)  Bulatkan markah.

– 1 markah bermakna tak perlu tunjuk jalan kira. Terus tulis jawapan dah dapat markah penuh.
– Jadi minta anak bulatkan markah supaya mereka alert berapa nilai markah itu.

2) Markah 2&3 WAJIB ada jalan kira.
– Tanpa jalan kira, walau jawapan itu betul dan tepat, kosong markahnya. Rujuk soalan 2 (c)
– Ingat, markah 1 terus tulis jawapan. Lebih dari 1 wajib buat jalan kira

Lihat soalan 3(a) ini. Soalan 2 markah. Murid tak kira pun, tapi dia isi ruang kosong tu dengan maklumat betul.

Dah dapat 1 markah walau tak kira pun.

Ini pula contoh yang buang masa lama hanya untuk dapatkan KOSONG markah.
Rugi kan? Kira penat-penat, langsung tak ada markah.

Sebab tu penting tahu teknik jawab. Murid atas tu, tulis maklumat sahaja dah dapat satu markah. Dia tak kira pun, dia kejar soalan lain yang lebih senang.

Murid ini punya bersungguh-sungguh mengira, namun tak tahu teknik mendapatkan markah. Maka hanya penat dan membuang masa sahaja.

Dalam exam masa sangat berharga!

Join channel t.me/EbookCikguFadli  untuk tips Maths dan Isu Pendidikan Semasa setiap hari.

💬 Info dan belian Ebook Cikgu Fadli  https://infoebookcikgufadli.wasap.my
📲 Join Telegram Channel: https://t.me/EbookCikguFadli
👨‍🏫 Blog Kelas Matematik Online https://ebookcikgufadli.com
📺 Youtube Channel https://www.youtube.com/c/EbookCikguFadli
Translate »