Tip Bantu Anak Tahun 6 Kuasai Matematik oleh Cikgu Mohamad Hakim

video-kafa

Tip Bantu Anak Tahun 6 Kuasai Matematik


Sumber / Guru: Cikgu Hakim Subjek / Mata pelajaran: Matematik Tahun / Tingkatan: Kelas Umum

Bagaimana nak bantu anak Tahun 6 (calon UPSR) bagi subjek Matematik ketika di rumah?

tip-tahun-6-kuasai-matematik

◾ Kalian perlu tahu, tak semua kemahiran itu akan diulang dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6.

◾ Kemahiran berkenaan asas Matematik misalnya, sudah tak dibincangkan dalam buku teks Tahun 6. Dengan kepercayaan, murid dah mahir dan kuasai pada Tahun 5. Tapi ini tidak berlaku.

◾Jadi apa yang kalian sebagai ibu bapa boleh buat? Kalian bantu anak kalian di rumah dengan membincangkan dan guide anak kalian ketika membuat latih tubi berkenaan kemahiran asas Matematik ini.

◾Jangan terlalu ambitous dengan memasang niat untuk ajar anak kesemua topik. Nanti kalian yang stress. Cukup ketika di rumah dengan membimbing mereka berkenaan asas Matematik dan operasi asas. Yang lain, serahkan pada cikgu di sekolah.

◾Jika kalian mempunyai kemahiran, silakan.

◾Berdasarkan pengalaman sebagai cikgu, saya tidak akan ada sebarang masalah untuk bantu murid yang sudah kuasai asas Matematik dan operasi asas. Yang sangat bermasalah adalah murid Tahun 6 yang belum kuasai dua hal ini.

◾Bantu anak untuk lancar membaca. Tak boleh membaca dan memahami apa yang dibaca, memang sangat-sangat bermasalah.

◾Sifir. Kalian wajib untuk bantu yang ini.

◾Pastikan alat tulis dan buku mengikut jadual. Cikgu ni kalau murid tak bawa buku dan alat tulis tak ada, moodnya boleh bertukar secara serta merta.

◾Cari tutor dan pusat tuisyen yang betul dan sesuai.

◾Subscribe channel Youtube saya. Banyak video pengajaran di sana. Ini linknya,

https://youtu.be/GbpX0lIJC94
https://youtu.be/GbpX0lIJC94

◾Pastikan kalian beli buku aktiviti yang sesuai dengan anak kalian. Tak semua buku di pasaran itu bersesuaian. Jika tak pasti, boleh bertanya dengan guru yang mengajar di sekolah.

◾Last but not least, follow FB cikgu-cikgu yang berkongsi di FB. Terutamanya cikgu Hakim. Haha.

Moga membantu!

Mohamad Hakim

Guru Matematik Tahun 6

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930