Tips Tahun 1 (Matematik)

video-kafa

Tips Tahun 1 (Matematik)


Sumber/Guru: Cikgu Mohamad Hakim Tahun / Tingkatan: Tahun 1 Subjek / Mata pelajaran: Matematik

tips-tahun-1-matematik

Tips Tahun 1 (Matematik).

Jika kalian ada anak yang berada di Tahun 1 bagi sesi 2023/2024 ini adalah sedikit perkongsian untuk anda.

1. Pastikan anak kalian dapat mengenal nombor dari 1 hingga 100 dengan baik.

2. Bantu anak kalian untuk mengeja nombor-nombor tersebut dalam perkataan. Boleh guna teknik nyanyian.

3. Pastikan anak kalian dapat mewakilkan kuantiti dengan nombor yang ada. Mudah kata, anak kalian dapat membilang dengan baik.

4. Membilang 1-1,2-2,5-5,10-10 secara tertib menurun dan menaik. Oh ya, ini juga adalah pengenalan kepada sifir 2, 5 dan 10.

5. Menambah dan menolak hingga 100.

6. Membundar.

7. Mengenal pasti nilai tempat (sa-puluh) dan nilai digit.

8. Mengenal alat pengukur bukan piawai seperti jengkal, langkah dan depa.

9. Menguasai konsep pecahan bagi penuh, separuh dan suku.

10. Membaca jam mudah (2 petang/7 setengah pagi).

11. Membuat perbandingan kuantiti. (lebih banyak, lebih panjang, lebing berat dan lain-lain.)

12. Mengenal nilai wang Malaysia, menambah dan menolak nilai wang (hingga RM10)

13. Penyelesaian masalah mudah.

14. Tarikh, hari, bulan dan tahun.

15. Bentuk-bentuk mudah seperti silinder, kon dan kubus. (dalam subjek sains pun ada)

16. Perwakilan data

17. Istilah separuh, setengah, suku dan penuh bagi isipadu cecair dan kuantiti objek dalam bekas.

18. Abakus dan gundalan

Hah. Di atas adalah antara tajuk dan kemahiran yang ada untuk Tahun 1. Banyak kan?

Paling kurang, sebelum mereka melangkah ke Tahun 1, pastikan mereka sudah kuasai point 1 hingga 5 dengan baik.

Sambil-sambil itu, tekankan juga berkenaan nilai wang. Ramai murid tahun 1 yang agak keliru dengan tajuk ini.

Pasti anak kalian akan lebih bersedia untuk menempuh sesi persekolahan tahun depan.

Moga bermanfaat!

Cikgu Hakim
Cikgu Matematik

Jemput follow saya di sini untuk lebih banyak tips Matematik sekolah rendah.

Berminat ingin membeli Combo Genius Tambah, Tolak, Darab & Bahagi Oleh Cikgu Hakim ?

Klik di bawah:

Jom Dapatkan segera!

combo-cikgu-hakim

Klik butang "Saya ingin order Combo Ebook Cikgu Hakim" sekarang! 

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930