Tulisan Doktor

tulisan-doktor
Masuk kelas, lepas bagi salam, murid duduk, macam biasalah, kelas jadi bising murid borak pasal kerja tak siap lah, pasal cikgu dia makin hensem la. Macam-macam lah.

Kadang sebelum kelas mula aku sergah dulu bagi murid semua diam dan fokus untuk belajar. Kali ni aku biar je mereka nak borak dan tak fokus pun.

Aku tulis hari, tarikh dan subjek. Biasa tulis elok-elok ja, hari ni saja guna tulisan doktor. Terus ada murid tegur,

“Cikgu! Cikgu tulis apa tu? Tak faham lah”

Murid lain yang tengah borak pandang depan bila dengar kawan dia tanya tu.

“Eh awak. Awak, cuba awak tengok cikgu tulis pelik,” kata seorang murid pada kawan dia yang ralit melukis.

“Cikgu buat tulisan berangkai ke tu cikgu?” tanya murid lain.

“Hahaha. Apa la cikgu ni. Tulis cakar ayam,” gelak murid yang lain.

Hanya kerana satu tulisan doktor kat depan, semua murid yang sebelum ni ralit bermain, termenung, bercakap, borak terus jadi fokus.

Semua mereka sekarang pandang papan putih yang masih kosong belum bertulis.

Objektif guru dalam set induksi berjaya. Murid dah bersedia belajar. Murid dah fokus.

Ok let’s go!

Kemain lagi murid-murid teruja hanya kerana aku tulis subjek cakar ayam gitu ja. Kemain dok gelak, depa tak tau sebenarnya depa yang kena psiko. Aku gelak dalam hati je lah. Haha.

Nah, beli buku-buku latihan terbaik untuk anak-anak kalian okeh!

Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/6KTD2CfEzB
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/3fRZF6Z6Lg
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/7pHYCI4Ess

Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/9USjllLuxo

#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –

T.me/EbookCikguFadli

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

February 2025
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728