tudung-si-comel
pentagonmath

gigi-saya-goyang

“Cikgu, gigi saya goyang,” kata seorang murid perempuan.

Giginya kelihatan terbuai-buai bila dia tolak dengan lidah.

“Cabut lah,” balasku.

“Saya takut. Saya takut sakit dan berdarah. Cikgu cabutkan boleh?”

“Boleh je. Cikgu ada magic hilangkan sakit dan tak berdarah”.

“Wahhhh. Betul ke cikgu,” balasnya teruja.

Kawan-kawan dengar ayat magic je pakat berlari keliling nak tengok.

“Nganga luas-luas”.

Mulut dinganga. Mata dipejam. Aku pegang gigi dengan tisu, sekali rentap tercabut giginya.

“Dah, buka mata. Dah siap”.

“Eh, dah siap? Tak rasa pun,” balasnya kehairanan.

“Darah pun tak ada lah,” sambung dia lagi.

Murid-murid lain pakat kagum belaka. Datang sorang tu suruh cabut gigi dia juga.

“Hooiii. Gigi elok lagi nak cabut buat apaaaaaa?”

Berdekah depa gelak pastu pakat tengok gusi kawan yang tak ada gigi. Pakat kagum belaka dengan aku. Konon ada magic.

Hahaha.

Entah gigi ke berapa puluh dah aku cabut sepanjang aku jadi cikgu ni. Kes pertama dulu, parent yang hubungi aku minta cabutkan gigi anak dia.

Katanya gigi anak dia terjuntai dah, sikit sangat je lagi melekat. Tapi mak ayah nak cabut dia tak benarkan. Pergi klinik lagi tak nak. Nak cabut dengan aku ja. Haha.

Gigih la aku mengGoogle teknik cabut gigi dengan tangan yang betul masa tu. Cabut gigi bukan boleh main tarik, luka teruk gusi, boleh sebab gigi baru tumbuh tak betul kalau tak kena cara.

Dah faham elok baru aku berani. Tu pun gigi yang betul-betul nak tercabut dah. Setakat goyang sikit-sikit tak adanya aku berani nak cabut.

Apa korang ingat jadi cikgu ni kena mengajar je ke? Cabut gigi pun kerja cikgu okehhh.

******

Okeh, yang mana cari buku latihan BM, BI, SC dan Math tahun 1-3 klik sini : https://shope.ee/3fRZF6Z6Lg

Buku-buku latihan Tahun 4-6 tengok sini : https://shope.ee/7pHYCI4Ess

Yang mana anak masih tak kuasai darab dan bahagi, suruh dia buat buku Mathzier Sifir ni : https://shope.ee/1L3eSuFIe1

Ada anak usia 4-6 tahun, beli koleksi buku latihan Prasekolah. Klik sini : https://shope.ee/6KTD2CfEzB

#MFS
– Kisah Tahun 1 –

T.me/EbookCikguFadli

Shopee

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


kedai-buku-shopee
Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti pengukuhan yang menyeronokkan. Oleh kerana ramai yang tanya bagaimana nak buat aktiviti ni, aku share kembali aktiviti pengukuhan yang aku reka sendiri 16 tahun lepas ni. Game yang sesuai untuk murid tahun 1-6. Game ini saya namakan "Permainan BERAPAKAH?"...

Video permainan BERAPAKAH?

Video permainan BERAPAKAH?

https://youtu.be/1gaDp1XG71Q Video permainan BERAPAKAH? Permainan yang menarik untuk murid sekolah rendah. Sangat digemari oleh murid-murid disamping mempunyai unsur KBAT dan dapat mengukuhkah ingatan murid dalam sesuatu topik. Moga bermanfaat 😉 #permainanBERAPAKAH...

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya.

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya.

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya : M : Cikgu, nak buat apa dengan star star ni? C : Mana la cikgu tahu. Mana awak dapat star ni? M : Saya beli kat bookshop tadi. C : Dah awak pun tak tahu nak guna mcmana buat apa beli? M : Saya tengok...

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya.

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya.

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya. 1. Biasanya Hari Orientasi Tahun 1, anak-anak akan melalui saringan ringkas. 2. Saringan ini penting untuk kami guru-guru ketahui asas anak-anak dalam kenal huruf dan nombor. 3. Soalan biasanya dari kelas pemulihan,...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib