10 Benda yang Patut Kementerian Pendidikan Malaysia Ubah

3 tahun lepas saya dah tulis 10 benda yang patut Kementerian Pendidikan Malaysia ubah.
Tapi tu lah. Suara guru dilapangan depa tak mau dengar. Suara bos-bos yang duduk dalam ekon, pakai blazer, tak pernah basuh berak budak yang diutamakan. Hmmm.

 

kpm-perlu-ubah

 

“Cikgu. Kau selalu sebut tentang sistem pendidikan kita perlu berubah. Apa perubahan yang kau rasa perlu?”

1. Bebanan beg sekolah. Ni sangat penting kerana melibatkan kesihatan anak-anak kita.

2. Subjek yang banyak. Subjek yang diajar di sekolah rendah banyak sangat. Sehingga murid tak sempat nak hadam semuanya.

3. Silibus yang terlalu tinggi. Masa mengajar setiap subjek pula sedikit sahaja seminggu, maka yang dikejar tak dapat. Yang dikendong keciciran.

4. Kembalikan keseronokan kanak-kanak di sekolah. Anak-anak rada sekolah membosankan dan bebanan. Hingga ada anak-anak sanggup berlakon sakit, demam untuk elak pergi sekolah.

5. Kembalikan keseronokan guru mengajar. Bebanan tambahan terlalu banyak sehingga mengganggu tugas hakiki untuk mengajar dan membimbing murid.

6. Buka ruang bersuara. Ruang untuk menegur kelemahan ditutup sepenuhnya. Apa kelemahan yang ada, jika ada yang bersuara mereka yang akan dikenakan tindakan. Hanya boleh cerita yang elok sahaja. Maka semua kudis terpaksa disorok, akhirnya kudis kecil menjadi barah.

7. Dengar luahan dari bawah. Arahan dan kuasa veto dari ‘up to bottom’ perlu ditukarkan. Sepatutnya ‘bottom to up’. Apa jua masalah dari peringkat bawah patut sampai ke atas. Bukan arahan dari atas semata-mata kerana teori dan praktikal langsung tidak sama. Yang memberi arahan tidak merasa situasi sebenarnya setiap program dan dasar yang mereka bina.

8. Keterbukaan. Perlu ada keterbukaan dan sudi menerima teguran. Ini budaya sihat yang negara maju amalkan.

9. Budaya Little Napoleon, budaya ugut mengugut, budaya gertakan dan salah guna kuasa perlu dihapuskan. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Bukan negara komunis.

10. Bertindak. Bukan hanya kaji, kaji, kaji. Bila ada masalah timbul, pelbagai jawatankuasa diwujudkan untuk mengkaji masalah tersebut. Namun kajian entah ke mana, tindakan tiada, dan masalah tetap tak hilang.

Cukup dulu 10 point. Jika ada kawan-kawan nak tambah, tulis je kat ruangan komen okeh. Kita sama-sama berkongsi idea demi generasi akan datang lebih maju dan gemilang.

#MFS

NOTIS PENTING

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Cikgu Fadli

Cikgu Fadli

Author

Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.

modul-jawi
word-search-puzzle



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

January 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031