Kehadapan YBM Fadhlina Sidek dan Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kehadapan YBM Fadhlina Sidek dan Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saya nak respon berkenaan dengan kenyataan YBM hari ini, ‘Mansuh peperiksaan untuk kurangkan tekanan murid’.

Jadi saya kongsi balik antara ilmu dalam buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tahun 4, muka surat 82 berkenaan dengan stres atau tekanan.

Mungkin YBM dan pegawai KPM terlepas pandang page ini. Jadi saya ingatkan semula lah. Tekanan ni ada 2 jenis. Satu eustres yakni tekanan ke arah kebaikan. Kedua ialah distres. Tekanan negatif.

Bicara tentang exam, adakah ia tekanan yang baik atau buruk? Semestinya majoriti akan setuju exam adalah sejenis tekanan yang baik.

 

kehadapan-yb-fadhlina-sidek

 

Saya rasa pegawai KPM dan YBM kena ambil masa sikit baca buku PJK ini. Bagus sangat ilmunya.

Dan dalam hidup ini, kita tak boleh elak dengan tekanan. Nak lawan pidato pun ada tekanan, nak lawan lumba lari ada tekanan, nak masak apa tengahari nanti pun tertekan tau. Haha.

Lagi satu, ingatlah kalian, berlian yang mahal harganya, yang tinggi kualitinya dihasilkan melalui tekanan tinggi.

Exam ini salah satu cara penilaian untuk uji kefahaman murid. Satu cara yang sangat adil dan telus.

Tak seperti PBD, sampai hari ini masih ramai tak puas hati, tak faham, pelik kenapa anak punya la lemah, pendiam, dapat tp3, tp4, anak yang pintar, aktif dapat tp3 juga. Bias, tak selaras, bergantung pada emosi guru, bergantung pada mood, bergantung pada hubungan guru dengan murid juga.

Tanpa peperiksaan, murid-murid hilang hala tuju. Tak semangat ke sekolah, tak ada target pun.

Kesan yang paling teruk dirasai oleh guru sekolah menengah terutama guru Tingkatan 1. Dapat murid-murid yang sangat lemah asasnya, yang tak bermotivasi langsung.

Kesan akhirnya pada guru Tingkatan 5 yang perlu siap sediakan pelajar untuk hadapi peperiksaan SPM, peperiksaan terbesar di alam persekolahan sedangkan pelajar yang mereka terima langsung tiada pengalaman duduki exam.

Keputusan kononnya tak nak murid-murid rasa tekanan bila ada exam hanya melahirkan generasi yang lembik dan lemah. Serta cukup manja.

P Ramlee dah pesan dalam filem Anakku Sazali, hasil didikan yang manja hanya akan merosakkan anak itu sendiri.

Sebenarnya ada berjuta point untuk menyangkal hujah YBM tentang mansuhkan peperiksaan ini. Tapi cukuplah dulu takat ni. Panjang lebar dah pun.

Akhir kata, cubalah YBM dan pegawai tinggi KPM itu renung dalam diri sendiri semula. Kalian adalah produk dari sistem yang ada peperiksaan UPSR, SRP/PMR. Adakah kalian sekarang ini dah jadi sasau dan tak waras kerana tekanan ada exam dulu?

Maah deh, woh ngelas kerah sikit boh. Nok wi kabar jah.

Sekian.

#MFS
– Exam itu sentiasa relevan sampai bila-bila

NOTIS PENTING

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal tips / nasihat / maklumat.

Cikgu Fadli

Cikgu Fadli

Author

Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners2. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031