Menteri Pendidikan boleh berubah mengikut kerajaan yang memerintah. Namun KPPM dan seluruh pegawai KPM tetaplah orang sama.
Jika menteri baru tak ngam dengan team top gun KPM, memang sukar nak handle Kementerian.
Gandingan mantap dan serasi.
Aku lihat, gandingan YBM Fadhlina Sidek dengan Datuk Phkarudin memang mantap dan serasi. Gandingan mereka dilihat banyak menyelesaikan isu yang berkurun dalam kementerian yang menteri sebelum ni tak dapat selesaikan.
Antara perubahan besar yang Datuk Phkarudin bawa ialah satu surat pekeliling yang membatalkan pekeliling lama di mana sesi persekolahan awal dimulakan dengan gembira, ceria dan menyeronokkan tanpa perlu belajar pun lagi.
Orang luar pendidikan mungkin nampak benda ni kecil dan biasa. Namun bagi guru-guru, benda ni sangat besar impaknya.
Bertahun-tahun lamanya guru merungut isu ini, tiada siapa ambil peduli.
Seawal hari pertama persekolahan, wajib akan ada lawatan dari KPM, JPN mahupun PPD untuk memastikan pembelajaran terus bermula.
Lesson note semua guru kena check, murid-murid kena pastikan bawa buku teks, aktiviti dan buku tulis, pembelajaran perlu berlaku dengan adaptasi pelbagai teknik yang memerlukan persiapan rapi berhari-hari.
Hari pertama sekolah sebelum ini memberi tekanan pada pihak sekolah, guru dan murid. Tradisi ini berpuluh tahun lamanya berlaku tanpa ada perubahan walau sebanyak mana rungutan yang guru dan pelajar buat.
Anak Baik lagi Cerdik
Namun selepas Datuk Phkarudin naik menjadi KPPM, beliau yang membawa motto ABC, Anak Baik lagi Cerdik memastikan sesi pembelajaran di sekolah dimulakan dengan penuh kegembiraan.
Datuk Phkarudin yang asalnya seorang guru biasa sebelum jadi pengetua, berada di JPN sebagai Timbalan Pengarah, kemudian jadi Pengarah, naik ke Putrajaya berperingkat sebelum jadi KPPM pada September 2022.
Sejarah perkhidmatan beliau yang bermula dari bawah membuatkan beliau faham setiap luahan dan denyut nadi pelaksana dasar paling bawah.
Motto yang beliau bawa sejak di JPN dulu menitik beratkan tentang akhlak dan emosi, bukan sekadar kemajuan akademik dan sukan sahaja.
Sayangnya, KPPM yang sangat aku hormati ini bakal bersara pada Disember tahun ini, selaras dengan usianya 60 tahun.
Namun jika disoroti perjalanan karier KPPM sebelum ini, memang kerajaan akan bagi tawaran kontrak lanjutan jika mereka perform dan bagus. Contohnya mantan KPPM dulu, Tan Sri Khair yang disambung kontrak hingga dua kali kerana perkhidmatan cemerlang.
Jauh disudut hati aku masih ingin lihat insan ini berganding bahu bersama YBM Fadhlina Sidek dalam melakukan tranformasi besar-besaran dalam KPM.
Kerana gandingan yang serasi ini tidak mudah terbentuk. Keserasian dalam satu team memang perlu, baru impaknya berkesan.
Begitulah.
#MFS
0 Comments