Semalam, beberapa orang tag aku kat post tentang adik Aisya

tudung-si-comel
pentagonmath

Hi adik-adik! Hari ni, Admin Azlin nak share tips pendidikan dan kisah terbaru nukilan Cikgu Mohd Fadli Salleh. Jom baca bersama-sama ! Apa topik atau kisah kali ini ya?  🌟📖

adik-aisya
Semalam, beberapa orang tag aku kat post tentang adik Aisya yang katanya ditampar guru sampai sakit demam dan sakit gigi.

Bukan takat tampar, adik Aisya juga kena ketuk kepala dengan buku, kena cubit sampai lebam. Bukan sekali, tapi berlaku banyak kali dengan guru yang sama.

Ibu dan abinya sangat tenang, tak mengamuk dan serang guru tersebut, tapi ambil tindakan yang betul jumpa GB dan Pk Hem laporkan hal ini.

Itu tindakan betul dan bijak.

Namun, guru tersebut tak berasa bersalah, tak minta maaf, kata memang itu cara dia mengajar dan walau selepas aduan tetap dia mencubit murid sampai lebam.

Bila kes berulang begini, aku cuma boleh syorkan kepada ibu Aisya untuk buat laporan Sispaa. Laporan Sispaa ni direct sampai ke KPM.

Bila ada laporan serius begini, KPM memang ambil langkah pantas biasanya. KPM akan panjangkan kes ke JPN, seterusnya JPN akan arahkan pegawai PPD turun sekolah siasat.

Dan jika disahkan berlaku seperti aduan, tindakan terhadap guru akan ada. Biasanya amaran awal seperti surat tunjuk sebab dan kena hadiri kaunseling PPD beberapa kali. Atau mungkin ditukarkan sekolah.

Ada banyak juga komen-komen suruh report polis dan saman cikgu tu kat post tu. Pada aku, tak perlu sampai nak menyaman ni.

Prosedur bukan mudah. Nak buka fail pun dah kos mungkin cecah sampai beribu. Nak settlekan perbicaraan biasanya ambik masa 2-5 tahun. Penat turun naik mahkamah, kos habis banyak, dan belum tentu boleh menang.

Better selesaikan dengan cara aduan Sispaa tu lagi. Keputusan dan tindakan biasanya kurang seminggu. Tak perlu kos apa pun, just buat laporan online, sertakan bukti-bukti yang ada.

Namun terpulang pada keluarga adik Aisya lah.

Apa pun, sedikit nasihat pada rakan guru. Mendidik jangan sampai mendera. Menghukum jangan sampai keterlaluan.

Hukuman seperti ketuk buku kat kepala adalah satu hukuman yang tak sepatutnya dan keterlaluan. Sama juga menampar dan cubit hingga lebam.

Aku selalu juga denda murid. Namun biasanya hukuman paling berat pun rotan kat tapak tangan. Murid faham kesalahan mereka, mereka berubah sikap ke arah kebaikan, dah, settle dah tu.

Kata Kiai Hj Maemun Zubair,

“Jadi guru tidak usah punya niat bikin pintar orang. Nanti kamu hanya marah-marah ketika melihat muridmu tidak pintar. Ikhlasnya jadi hilang.

Yang penting niat menyampaikan ilmu dan mendidik yang baik. Masalah muridmu kelak jadi pintar pada Allah. Didoakan saja terus menerus agar muridnya mendapat hidayah”.

Begitulah.

#MFS

T.me/EbookCikguFadli

Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/8A4azu1AOn
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/fya4AbJ34
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/40F22MnC10

Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/5fNG1Ujq1Q

Seronokkan baca? Share post ni kepada kawan-kawan yang lain juga agar mereka pun dapat baca dan belajar sama-sama di CikguFadli.com!

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Cikgu Rotan Budak?

Cikgu Rotan Budak?

Kalau di Malaysia ni, cikgu ni confirm kena buang kerja or kena surat tunjuk sebab. Silap-silap kena saman di mahkamah. Mujur la luar negara. Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/8A4azu1AOnBuku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/fya4AbJ34Buku latihan...

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh Cikgu Fadli. Kisah ini berlaku ketika beliau membawa murid-muridnya ke padang untuk bermain bola.Siapa Patut Jadi Gol Keeper? Bawa murid ke padang...

Main di Padang Sekolah: Kisah Cikgu Fadli

Main di Padang Sekolah: Kisah Cikgu Fadli

Permintaan untuk Main Bola  “Cikgu, bila nak main bola kat padang? Cikgu dah janji dari hari tu nak bawa ke padang” “Kan baru lepas hujan ni. Padang mesti bertakung. Nanti padang kering kita main la” “Alaaa. Tak hujan dah pun ni. Kita main tempat tak ada lopak air...

Kuasai 4 Operasi Asas Matematik: Tips Cikgu Fadli

Kuasai 4 Operasi Asas Matematik: Tips Cikgu Fadli

Pengenalan: Menguasai 4 Operasi Asas Matematik adalah kunci kejayaan dalam subjek Matematik. Tanpa pemahaman yang kukuh tentang tambah, tolak, darab dan bahagi, anak-anak kita mungkin akan menghadapi kesukaran dalam menjawab soalan Matematik. Cerita Cikgu Fadli kali...

Mengajar dengan Sabar: Kisah Cikgu Fadli

Mengajar dengan Sabar: Kisah Cikgu Fadli

Mengajar dengan Sabar: Pengenalan Dalam dunia pendidikan, “Mengajar dengan Sabar” adalah prinsip yang sangat penting. Kali ini, Cikgu Fadli ingin berkongsi pengalamannya dalam mengajar murid-murid yang masih belum kuasai operasi asas dalam Matematik iaitu bahagi....



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

Recent Comments

Kategori

Kalendar

November 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib