tudung-si-comel
pentagonmath
kelas-pemulihan

ISU KELAS PEMULIHAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN.

Hari ini saya kongsi pasal masalah kelas pemulihan. Sebelum tu kita kena tahu apa itu kelas pemulihan. Kelas pemulihan ini diwujudkan untuk memulihkan murid yang tak tahu baca kira.

Namun sejak dahulu lagi, ada bermacam isu dan masalah tentang kelas pemulihan tidak diberi perhatian serius walau berkali-kali bertukar menteri.

1. Kelas pemulihan sangat-sangat membantu dalam memulihkan murid. Sangat-sangat!

Namun guru pemulihan biasanya hanya seorang untuk satu sekolah. Maka terkejar-kejar guru yang seorang ini nak handle semua benda.

Apatah lagi bilangan murid perlu dipulihkan berganda-ganda selepas PKP tempoh hari.

Tolong tambah guru pemulihan untuk setiap sekolah. Ini perlu dilakukan segera!

2. Masa guru pemulihan sangat padat. Seorang guru pemulihan perlu mengajar 34 waktu seminggu termasuk waktu persediaan 4 waktu.

34 waktu adalah satu masa yang padat sedangkan beban mereka sangat berat. Kena pertimbangkan semula jadual guru pemulihan.

Waktu ideal pada aku tidak lebih 28 waktu termasuk waktu persediaan.

3. Guru pemulihan perlu pembantu. Sangat perlu!

Tugas memulihkan murid ini sangat penat. Nisbah guru pula agak tinggi. 1:15 murid. Murid lemah ini perlu diberi tumpuan secara satu hadap satu. Maka seorang guru tidak dapat mengajar dengan berkesan jika murid sampai 15 orang. Seeloknya bawah 10 je.

Di sini perlunya pembantu guru. Membantu menyediakan bahan dan membantu tunjuk ajar dahulu murid lain sebelum mereka berhadapan dengan guru secara satu hadap satu.

4. Guru pemulihan tiada peruntukan. Ini sangat menyedihkan dan tidak patut berlaku.

Guru pemulihan merupakan guru yang perlu banyak bahan bantu mengajar kerana mereka ini mengajar anak-anak yang lambat dan sangat perlahan.

Bantuan LCD, laptop, printer, smart tv, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik perlu dibekalkan. Lagi pun, kelas pemulihan sepatutnya cantik, kondusif dan selesa. Sedih lihat kelas-kelas pemulihan yang uzur kerana tiada bajet untuk mereka.

Tolong beri peruntukan pada kelas pemulihan.

Ramai guru pemulihan keluar duit poket sendiri sampai beribu-ribu untuk sediakan bahan dan persiapan demi anak-anak didik tercinta.

5. Seorang guru pemulihan kena ajar dua subjek. Matematik dan Bahasa Malaysia. Dan tidak semua masa BM dan Maths murid belajar di kelas pemulihan walau mereka murid pemulihan.

Ada kelas hanya belajar 2-6 masa sahaja seminggu di kelas pemulihan dan selebihnya belajar di kelas biasa. Maka sangat rugi bila pelajar sangat lemah berada di kelas biasa kerana mereka tidak mampu catch up pengajaran guru. Level mereka terlalu berbeza!

Guru pemulihan sepatutnya dibekalkan mengikut kemahiran. Satu guru pemulihan untuk Matematik, satu guru pemulihan yang lain pula untuk Bahasa Malaysia.

Selagi murid itu belum lepas, biarlah 100% masa BM dan Maths mereka bersama kelas pemulihan. Hanya matapelajaran lain sahaja mereka bersama murid lain.

6. Tiada guru pemulihan BI. Hal ini menjadi rungutan Cikgu English saban tahun namun dipandang sepi.

Guru pemulihan hanya untuk pulihkan murid BM dan MATHS sahaja. Tiada guru pemulihan BI diperkenalkan dan diwujudkan.

Maka murid yang tak kenal huruf dan tak kenal nombor belajar di aliran perdana masa English. Macamana mereka nak pandai?

Tolong wujudkan jawatan guru pemulihan English. Ini betul-betul keperluan pendidikan demi anak bangsa dan generasi akan datang yang bakal memaju negara kita yang tercinta.

7. Guru pemulihan tertekan terpaksa memulihkan murid dalam masa yang terhad. Sedangkan peralatan, tenaga kerja dan sumber sangat terhad.

Tak perlu tetapkan masa sebenarnya. Selagi murid terus tak kuasai, biar sahaja mereka dibimbing oleh guru pemulihan.

Sebab itu peranan kerajaan sangat penting memastikan bahan, sumber dam tenaga mencukupi supaya murid perlahan dan slow dalam pelajaran terus kita sokong dan bantu sampai mereka berjaya.

Harap KPM yang membawa slogan Kami Pro Mendengar cakna akan isu kelas pemulihan ini.

#MFS

T.me/EbookCikguFadli

durioo

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


shopee
Cikgu, ni nama siapa?

Cikgu, ni nama siapa?

"Cikgu, ni nama siapa?" "Ni nama cikgu". "Okey. Ni untuk cikgu". "Terima kasih banyak". "Cikgu, ni nama siapa pula?" Ditunjukkan hadiah lain tertera nama Cikgu Loqman. "Ni nama Cikgu Loqman" "Terima kasih cikgu. Saya nak pergi cari Cikgu Loqman bagi hadiah pula"....

Eh, kat baju cikgu ada gambar chess.

Eh, kat baju cikgu ada gambar chess.

M1 : Eh, kat baju cikgu ada gambar chess. C : Awak tahu ke main chess? M1 : Tahu cikgu. C : Bagaimana kuda bergerak? M1 : Dia bergerak macam huruf L Murid-murid lain pakat dengar je perbualan aku dengan M1 dengan penuh minat. C : Kalau Castle ni pula gerak macamana?...

Benda dari Poket

Benda dari Poket

Hari ni jamuan raya kat sekolah aku. Masa tengah beraya ronda kelas ke kelas, aku perasan Aisyah ni keluarkan satu benda dari poket dia. Pastu dia tap tap benda tu kat bibir. Dia laga bibir atas dengan bawah, kemudian tersenyum manis. Kemerahan bibir dia. Wahh, pakai...

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas. Semerbak baunya. Sah, ada yang buat hal main perfume. "Siapa main perfume ni?" tanya aku. Sekelas tunjuk kat murid laki ni. "Dia sembur kat saya juga cikgu," adu seorang murid. "Ah, kau yang nak juga. Aku bagi lah". Start...

‘Walau Cikgu Fadli selalu pukul saya, tapi saya sayang Cikgu Fadli

‘Walau Cikgu Fadli selalu pukul saya, tapi saya sayang Cikgu Fadli

Ni Lutfiyah yang tulis kad ucapan 'Walau Cikgu Fadli selalu pukul saya, tapi saya sayang Cikgu Fadli'. Ayat 'selalu pukul' awak tu mengundang betul. Macam kena bantaii separuh mati. Padahal kena rotan dengan pembaris kayu kat tapak tangan ja punnn. Tu pun sekali ja...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib