Demi Anak-Anak Ini – Cikgu Mohd Fadli Salleh

buku-xplorasi-stem
tudung-si-comel
pentagonmath

Ada yang di pusat kuarantin menanti-nanti kelas aku. Ada yang sakit di hospital, ada yang sanggup ke luar rumah berteman nyamuk, ada yang menonton dari jalanan sahaja.

Ikutkan hati, aku malas dah nak buat acc Fb baru. Tunggu je lah hukuman penjara 7 hari tu.
Namun mengenangkan ribuan anak-anak menanti Kelas Matematik LIVE aku, aku buatkan juga.

Ya, kerana anak-anak ini sebenarnya.

demi-anak-anak-ini-1

Mereka ini penuh semangat join Kelas Matematik percuma yang aku buat setiap minggu. Kerana mereka aku gagahkan juga beli telefon lain, simkad lain dan buka acc Fb baru. Kalau simkad dan phone sama, takut kena block juga.

Sejujurnya Kelas Matematik LIVE ini sangat memenatkan. Sejam setengah tanpa henti, 3x seminggu. Acap kali aku terfikir nak stop dan tak nak buat dah. Penat.

Mungkin ada yang kata “Kan ada saguhati yang dikirim. Sebab tu kot kau teruskan”.

Huhu. Saguhati yang dikirim kadangkala tak dapat pun nak tampung bayaran kos buat kelas LIVE ni. Kos hadiah kat murid terpilih dan kameraman ni kasar juga. Pernah aku habiskan untuk kos hadiah saja lebih RM2k seminggu. Masa pilih pemenang seronok main pilih, lepas tu garu kepala.

demi-anak-anak-ini-2

Seminggu aku bayar kawan aku yang jadi kameraman RM500 untuk 3 kelas. Dia tak minta pun, bahkan dia selalu cakap,
“Tak payah bayarlah. Aku tolong kau saja”.

Kawan tu punya kewangan aku tahu la macamana. Memang terkesan teruk akibat PKP. Hilang sumber pendapatan utama, buat Food Panda je setiap hari. Anak berderet kat rumah untuk disara, takkan sanggup aku nak minta tolong saja. Kejam benar gitu.

demi-anak-anak-ini-3

Masih ramai murid-murid maya aku tak tahu aku buat acc baru ni. Mohon sebarkan pada mereka ya untuk follow Fb Mohd Fadli Salleh V ini ya.

Atau boleh klik sini untuk follow :
https://www.facebook.com/profile.php?id=100069372409788

Malam ni ada Kelas Matematik LIVE untuk tahun 1-3 ya. Kelas ke 12 dah sepanjang tahun ni.

Malam esok Kelas Matematik LIVE untuk Tahun 4-6 pula. Lusa kelas abakus.
Panjangkan kat kawan-kawan yang ada anak tahun sekolah rendah ya.
Mungkin kelas ini tidak la hebat dan sebagus guru-guru pakar yang lain.

Tapi rasanya ia membantu anak-anak dalam memberi dalam subjek Matematik sedikit sebanyak.

Tak bantu mampu banyak, sedikit pun jadi lah.

Diharap kelas yang santai ini memberi manfaat pada ramai orang.

Sekadar ini sahaja kemampuan aku untuk bantu anak-anak sekolah rendah di seluruh Malaysia khususnya.

Semoga anak-anak kita diberi kefahaman dan kejayaan dalam pelajaran. Amin.

Mohd Fadli Salleh
Mohd Fadli Salleh III
Mohd Fadli Salleh IV
.

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Abah dan Ziarah.

Abah dan Ziarah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Abah dan ziarah. Abah cukup suka ziarah. Ziarah orang sakit, ziarah orang tua, ziarah sanak...

Pengurusan Kewangan Abah

Pengurusan Kewangan Abah

Oleh : Dr. Salbiah Salleh Pengurusan kewangan Abah. 10 pesan Abah kami semat di hati hingga mati.   1. Kita perlu...

Abah dan Persahabatan.

Abah dan Persahabatan.

Oleh:  Mohd Fadli Salleh Abah dan persahabatan. Abah kalau dia bersahabat, memang sayang selamanya. Dari zaman muda,...

Abah dan Sedekah.

Abah dan Sedekah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Abah dan sedekah. Dulu aku masih ingat, masa aku kecil hingga remaja abah selalu bawa aku...

Abah dan anak-anak.

Abah dan anak-anak.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Abah dan anak-anak. Abah seorang yang tegas, tapi penyayang. Dalam mendidik anak, memang ada...

Ma, punca kekuatan abah.

Ma, punca kekuatan abah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Ma, punca kekuatan abah. Abah dan ma dijodohkan oleh saudara terdekat. Tidak pernah bercinta...

Abah dan kesederhanaan.

Abah dan kesederhanaan.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Abah dan kesederhanaan. Abah cukup sederhana dalam kehidupan. Lihat saja kereta abah, pakai...

Abah dan Dana Kita

Abah dan Dana Kita

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh  Abah dan Dana Kita. Masa aku buat NGO Dana Kita, abah tak tahu pun. Beberapa bulan...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

October 2024
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib