1 HARI 4 PERKATAAN (kvkv). KHAS UNTUK ANAK-ANAK PEMULIHAN KHAS
Oleh: Bbm Cikgu Lee Bahan: Bahasa Melayu Bilik Darjah/Tingkatan: Pemulihan Khas Koleksi: Lejamu 1 | Lejamu 2 | Lejamu 3
Lembaran Kerja Murid 3 (LEJAMU 3)
Lembaran memudahkan ibu bapa mengajar anak yang belum kuasai MEMBACA dan MENULIS.
PANDUAN MENGAJAR:
- Ajar kenal gambar pertama dan sebut perkataan pertama berulang kali dengan sebutan yang jelas dan tulis sambil eja dan sebut secara berulang kali (latih tubi).
- Setelah anak menguasai perkataan pertama, baharulah beralih kepada perkataan kedua.
- Ulangi langkah 1 dan 2 untuk perkataan tiga dan empat.
- INGATAN: Jangan ajar dalam masa singkat sekiranya anak masih belum kuasai sesuatu perkataan. Lembaran ini boleh disiapkan dalam jangka masa panjang iaitu SATU HARI.
- Setelah anak dapat KUASAI empat perkataan tersebut, uji anak secara fun learning melalui link berikut:
https://wordwall.net/resource/1375801 (juga disediakan di bawah post) - Saya cuba memudahkan ibu bapa yang sedang berhadapan dengan cabaran mengajar anak pemulihan khas di rumah. Semoga dapat membantu ibu bapa belajar ilmu mengajar anak pemulihan dengan pelbagai aktiviti. Terima kasih kepada ibu bapa yang berusaha menjadi GURU RUMAH dalam PdPR ini.
1. Lembaran Kerja
Klik pada imej untuk lihat gambar penuh / mulakan slide
2. Permainan Wordwall:
For those who want to have pdf file, please click the button below. Kepada yang ingin dapatkan file PDF boleh klik butang di bawah
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks