1 HARI 4 PERKATAAN (kvkv). KHAS UNTUK ANAK-ANAK PEMULIHAN KHAS
Oleh: Bbm Cikgu Lee Bahan: Bahasa Melayu Bilik Darjah/Tingkatan: Pemulihan Khas Koleksi: Lejamu 1 | Lejamu 2 | Lejamu 3
Lembaran Kerja Murid 2 (LEJAMU 2)
LEJAMU 2 ( kvkv )menyusul hari ini. Khas untuk murid PEMULIHAN KHAS. 1 hari 4 perkataan. Sebelum ini LEJAMU 1. Pastikan 4 perkataan yang telah dipelajari semalam telah pun dikuasai.
Lembaran memudahkan ibu bapa mengajar anak yang belum kuasai MEMBACA dan MENULIS.
PANDUAN MENGAJAR:
1. Ajar kenal gambar pertama dan sebut perkataan pertama berulang kali dengan sebutan yang jelas dan tulis sambil eja dan sebut secara berulang kali (latih tubi).
2. Setelah anak menguasai perkataan pertama, baharulah beralih kepada perkataan kedua.
3. Ulangi langkah 1 dan 2 untuk perkataan tiga dan empat.
4. TIPS: Jangan ajar dalam masa singkat sekiranya anak masih belum kuasai sesuatu perkataan. Lembaran ini boleh disiapkan dalam jangka masa panjang iaitu SATU HARI. Setiap sesi ajar dalam 10-20 minit sahaja agar fokus anak ini kepada apa yang sedang dipelajari dapat diingati secara kekal.
5. Setelah anak dapat KUASAI empat perkataan tersebut, uji anak secara fun learning melalui link berikut: https://wordwall.net/play/1847/743/876 (Juga sediakan di bawah post)
Semoga dapat membantu ibu bapa belajar ilmu mengajar anak pemulihan dengan pelbagai aktiviti. Terima kasih kepada ibu bapa yang berusaha menjadi GURU RUMAH dalam PdPR ini. Guru dan ibu bapa saling melengkapi dalam situasi pembelajaran secara PdPR ini.
1. Lembaran Kerja
Klik pada imej untuk lihat gambar penuh / mulakan slide
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
2. Permainan Wordwall:
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks