tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh:  Mohd Fadli Salleh

Abah dan persahabatan.

Abah kalau dia bersahabat, memang sayang selamanya. Dari zaman muda, sampai akhir nyawa.

Abah bersahabat bukan sekadar kenal sahabat itu sahaja. Abah akan kenal dan rapat dengan mak ayah sahabat dia. Abah akan kenal dan baik dengan adik beradik sahabat dia.

Abah akan kenal dan baik dengan keluarga pasangan isteri dia. Abah akan kenal semua dan baik dengan semua anak-anak sahabat dia dan mesra dengan mereka.

Ni salah seorang sahabat baik abah hingga ke akhir nyawa. Dato Hassan. Dari awal posting abah rapat dengan dia, sampai pencen pun rapat juga.

Pergi je Kedah abah akan singgah. Kali terakhir abah singgah pada akhir tahun 2019. Terus Dato Hassan sambut kat kereta. Berpimpin tangan mereka masuk dalam rumah. Punya kasih pada sahabat sampai berpimpin tangan.

Ramadan lalu, aku ada misi bantuan ke Kedah. Lintas depan rumah Dato Hassan, terus aku singgah kirim buah tangan dan tanda hormati sahabat abah.

Aku kirim gambar dekat kakak aku, kakak aku tunjuk kat abah. Abah terus telefon dan cakap,

“Terima kasihlah singgah rumah kawan abah bawa buah tangan bertanya khabar berita.”

Seronok abah bila anak-anak muliakan sahabat baik dia. Sampai call nak ucap terima kasih pula.

Dan semalam, kebetulan aku lalu depan rumah Dato Hassan lagi. Pun untuk misi bantuan bersama PTPTN.

Walau abah dah tiada, aku tetap berhenti sekejap bertanya khabar dan menyapa. Seronok Dato Hassan bila aku singgah walau cuma 10 minit. Dan bila aku up gambar tu dalam group adik beradik, semua adik beradik pula ucap terima kasih kat aku.

“Kalau abah ada ni mesti abah suka sangat-sangat”.

Gitu adik beradik pakat komen pula. Ya, aku tahu abah akan gembira bila anak-anak muliakan dan hormat sahabat dia. Walau abah dah tiada, didikan abah masih ada dalam diri ini.

Terima kasih abah atas didikan dan jagaan selama ini.

Sayang abah hingga ke syurga. ♥️

Mohd Fadli Salleh

 

Kali terakhir abah bertemu sahabat baiknya. Berpimpin tangan penuh ikhlas dan kasih.

 

Pelukan erat terakhir sebelum berpisah. Dan inilah pelukan persahabatan terakhir buat selamanya. 2019.

 

Ramadan lalu. Aku singgah dan menyapa. Kak Ma tunjuk gambar ni kat abah, terus abah telefon aku ucap terima kasih.

 

Semalam singgah sekejap. Dato Hassan punya terharu siap wasap kakak aku. Katanya sebak sangat bila lihat aku. Teringat sahabat baik dia.

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Abah dan Ziarah.

Abah dan Ziarah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Abah dan ziarah. Abah cukup suka ziarah. Ziarah orang sakit, ziarah orang tua, ziarah sanak...

Pengurusan Kewangan Abah

Pengurusan Kewangan Abah

Oleh : Dr. Salbiah Salleh Pengurusan kewangan Abah. 10 pesan Abah kami semat di hati hingga mati.   1. Kita perlu...

Abah dan Sedekah.

Abah dan Sedekah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Abah dan sedekah. Dulu aku masih ingat, masa aku kecil hingga remaja abah selalu bawa aku...

Abah dan anak-anak.

Abah dan anak-anak.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Abah dan anak-anak. Abah seorang yang tegas, tapi penyayang. Dalam mendidik anak, memang ada...

Ma, punca kekuatan abah.

Ma, punca kekuatan abah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Ma, punca kekuatan abah. Abah dan ma dijodohkan oleh saudara terdekat. Tidak pernah bercinta...

Abah dan kesederhanaan.

Abah dan kesederhanaan.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Abah dan kesederhanaan. Abah cukup sederhana dalam kehidupan. Lihat saja kereta abah, pakai...

Abah dan Dana Kita

Abah dan Dana Kita

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh  Abah dan Dana Kita. Masa aku buat NGO Dana Kita, abah tak tahu pun. Beberapa bulan...

Happy birthday to me. 🎂

Happy birthday to me. 🎂

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh  Happy birthday to me. 🎂 Terima kasih Tuhan atas setiap hela nafas untuk 38 tahun ini....



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib