Oleh : Mohd Fadli Salleh
Dalam perlembagaan kami jelas ditulis, tiada sesiapa dalam NGO kami akan menerima gaji atau elaun bulanan.
Semua sumbangan hampir 100% digunakan untuk semua projek amal. Hanya kos operasi asas seperti sewa gudang, minyak kereta, tol, makan sukarelawan dan seumpamanya sahaja kami guna duit sumbangan yang mana kosnya kurang 1% dari jumlah sumbangan bulanan.
Saat kecoh orang berkata NGO ditubuhkan untuk dapat duit mudah, kami di Dana Kita pula berhabis duit poket untuk tambah infaq. Setiap projek amal, projek waqafan, ahli-ahli kami dahulu yang berlumba-lumba nak sumbang.
Setiap program besar seperti agihan Ramadan, kami memang sediakan ‘score card’ secara mingguan. Siapa follow page rasmi Dana Kita pasti tahu hal ini.
Dan alhamdulillah, setiap tahun kami hantar laporan AGM dan penyata kewangan kepada ROS tanpa gagal.
Tak pernah berhenti prgram amal yang kami jalankan. Purata 500 set sehari barang dapur diagihkan sepanjang MCO ini.
Hujung minggu ni kami ke Kelantan dan Terengganu bawa sekitar 2000 set barang dapur untuk agihan sana pula.
Terima kasih pada kalian yang sentiasa menyokong projek amal kami.
“Tiada iman bagi orang tidak memegang amanahnya dan tiada agama bagi orang tidak dapat dipegang janjinya.” (HR Ahmad dan Dailami)
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Nota : Gambar lama meeting bersama ALP Dana Kita.
Dana Kita
0 Comments