Nak share cara aku tarik perhatian murid seawal minit pertama lagi setiap kali memulakan pengajaran. Aku suka buat kelainan demi nak raih perhatian murid.
Tugas pertama seorang guru sebelum mula mengajar pastinya menulis hari, mata pelajaran dan tarikh. Cuba buat kelainan, kebiasaannya orang tulis hari sebelah atas (kiri), mata pelajaran atas (tengah), dan tarikh atas (kanan). Aku pernah tulis kesemua tu kat bahagian bawah. Hasilnya? Murid kehairanan lalu bertanya “kenapa tulis kat bawah cikgu? Selalu org tulis kat atas.”
Pastu pasti ada murid cuit kawan dia yang dok ralit melukis, dok ralit main pencil box dan cakap:
“Tengok-tengok, Cikgu Fadli tulis hari dan tarikh kat bawah”.
Baru tulis hari dan tarikh, semua mata murid tertumpu kat depan dah dok perati kelainan yang aku buat. Kadang-kadang aku letak tarikh sebelah kiri, hari kat tengah.
Nak lagi best, tulis dalam tulisan jawi atau English. Mengajar matematik je, tapi tarikh, matapelajaran, hari malah tajuk topik yang nak diajar pun aku tulis tulisan jawi. “Wah, cikgu pandai jawi la!” Kagum terus budak2.
Tahun ni aku dapat idea baru. Aku tulis hari Selasa jadi ‘SirLaSir’ ,topik guna simbol, tarikh guna soalan matematik dan tajuk guna gambar. Setiap kali saya nak tulis hari je mesti dengar bisik-bisik kat belakang,
“Tengok-tengok, cikgu nak tulis apa pula hari ni”. Secara tak langsung kawan yang tak tumpu perhatian akan fokus apa yang akan aku tulis.
Sesekali aku sengaja tulis Matematik tu jadi “Matahari”. Terkadang tak sempat lagi saya tulis mata pelajaran, murid-murid kat belakang dah menjerit “matamata cikgu”, yang lain menyampuk “tulis matamama pulak hari ni cikgu”.
Sama jugak bila nak tulis tarikh, masing-masing pakat bagi idea tulis tarikh dalam ayat matematik. Secara tak langsung, semua tumpuan murid terarah kepada apa yang aku akan tulis. Tiada lagi yang nak main pemadam bawah meja, nak melukis,nak berborak.
Nak tarik perhatian murid lebih awal sebelum tulis hari? Korang jalan mengundur sewaktu masuk kelas. Tak pun,pegang kaki sebelah sambil seret macam kaki tu patah. Confirm semua mata anak didik akan tertumpu pada cikgu.
“Tengok-tengok, cikgu jalan mengundur”
“Tengok-tengok, kaki cikgu patah”
Aku pernah buat, memang riuh la kelas tengok gelagat aku. Rasa mcm retis pulak bila dapat sambutan hangat dr murid.
Nak lagi? Dah-dah la tu. Penat dah aku menaip ni. Lain kali la pulak yer..
Oh lupa, nak tahu kenapa penting sangat tarik perhatian murid? Supaya murid tumpukan perhatian kepada apa yg ingin kita ajar. Bila murid tumpu, mereka jadi bijak.
Moga bermanfaat terutama buat guru-guru baru dan bakal-bakal guru.
*Pasal tulis hari Selasa jadi SirLaSir or hari Khamis jadi CarMiss tu, jangan lupa ingatkan murid suruh tulis ejaan betul dalam buku mereka. Yang aku tunjuk ni sekadar teknik aku tarik perhatian murid jer.
* Bagi yang tak faham simbol mata, perempuan and tick kat tengah tu.
– mata = mate
– perempuan (mama) = ma
– / (tick) = tik
#MFS
Kisah Sekolah Rendah
T.me/EbookCikguFadli
0 Comments