Nota Matematik Tahun 6: Nombor Perdana
Sumber/Guru: Cikgu Mohamad Hakim Tahun / Tingkatan: Tahun 6 Subjek / Mata pelajaran: Matematik
Itu hari ada seorang kenalan di FB pm aku bertanya mengenai nombor perdana. Susah nak terang pada anak katanya.
Jadi alang-alang aku ada nota yang aku buat tahun 2017, aku kongsikan disini
Pertama sekali kita kena tahu bahawa nombor-nombor ini dikenali sebagai nombor perdana disebabkan ciri-ciri atau karakter istimewa yang ada pada nombor tersebut.
Aku panggil nombor ni sebagai nombor ‘special’. Mudah sikit murid-murid aku nak ingat.
Jadi, istimewanya nombor-nombor ini adalah ia hanya boleh dibahagikan dengan diri sendiri sahaja.
Aku ada bagi contoh di bawah. Tapi tak apa, aku terang sikit kat sini.
Key wordnya adalah:
‘Boleh dibahagi dengan diri sendiri sahaja.’
Oh ya. Sebelum tu, kau kena ingat yang nombor 0 dan 1 tak dikira sebagai nombor perdana. Special case.
Jadi, aku ambil dari nombor 1 hingga 10. Kita akan tengok yang mana adalah nombor perdana dan yang mana bukan nombor perdana.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Dari nombor 1 hingga 10, nombor perdana adalah 2, 3, 5 dan 7.
Kenapa 4 bukannya nombor perdana?
Sebab 4 itu boleh dibahagi dengan diri sendiri dan ia boleh dibahagi dengan nombor lain.
4 bahagi 4 = 1
4 bahagi 2 = 2
Boleh faham?
Dan sekali lagi sebagai peringatan.
Selain 0 dan 1, nombor perdana ini adalah nombor yang boleh dibahagi dengan dirinya sendiri sahaja.
Moga berjaya!
Boleh tonton vide pengajaran Nombor Perdana disini.
#cikguHakim
#Matematik
Sila klik pada imej untuk mulakan slide secara manual atau lihat imej penuh:
DOWNLOAD FILE PDF
Boleh download kompilasi imej dalam bentuk PDF di bawah ya:
0 Comments