tudung-si-comel
pentagonmath

Nota Matematik Tahun 6: Nombor Perdana


Sumber/Guru: Cikgu Mohamad Hakim Tahun / Tingkatan: Tahun 6 Subjek / Mata pelajaran: Matematik

Itu hari ada seorang kenalan di FB pm aku bertanya mengenai nombor perdana. Susah nak terang pada anak katanya.

Jadi alang-alang aku ada nota yang aku buat tahun 2017, aku kongsikan disini

Pertama sekali kita kena tahu bahawa nombor-nombor ini dikenali sebagai nombor perdana disebabkan ciri-ciri atau karakter istimewa yang ada pada nombor tersebut.

Aku panggil nombor ni sebagai nombor ‘special’. Mudah sikit murid-murid aku nak ingat.

Jadi, istimewanya nombor-nombor ini adalah ia hanya boleh dibahagikan dengan diri sendiri sahaja.

Aku ada bagi contoh di bawah. Tapi tak apa, aku terang sikit kat sini.

Key wordnya adalah:
‘Boleh dibahagi dengan diri sendiri sahaja.’

Oh ya. Sebelum tu, kau kena ingat yang nombor 0 dan 1 tak dikira sebagai nombor perdana. Special case.

Jadi, aku ambil dari nombor 1 hingga 10. Kita akan tengok yang mana adalah nombor perdana dan yang mana bukan nombor perdana.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Dari nombor 1 hingga 10, nombor perdana adalah 2, 3, 5 dan 7.

Kenapa 4 bukannya nombor perdana?

Sebab 4 itu boleh dibahagi dengan diri sendiri dan ia boleh dibahagi dengan nombor lain.

4 bahagi 4 = 1
4 bahagi 2 = 2

Boleh faham?

Dan sekali lagi sebagai peringatan.

Selain 0 dan 1, nombor perdana ini adalah nombor yang boleh dibahagi dengan dirinya sendiri sahaja.

Moga berjaya!

Boleh tonton vide pengajaran Nombor Perdana disini.

#cikguHakim
#Matematik

 

Sila klik pada imej untuk mulakan slide secara manual atau lihat imej penuh:

DOWNLOAD FILE PDF

Boleh download kompilasi imej dalam bentuk PDF di bawah ya:



ADMIN:

1. Sebarang pertanyaan tentang bahan boleh rujuk pada pemilik asal bahan.
Any question regarding item please refer to the material's owner.

2. Sila right click untuk save imej atau muat turun file pdf di bawah post.
Please right click each image to download or download pdf file below of the post.

We hope that our sharing today will help your child education's journey. Kindly share and thank you for visiting us at Cikgu Fadli Online.

Semoga perkongsian harini bermanfaat untuk semua pengunjung Cikgu Fadli Online ya. Sila share agar ramai lagi mendapat maanfaat, terima kasih !

durioo

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


shopee
Video Ulangkaji: Cara Paling Mudah untuk Faham Mengenai Konsep Bundar

Video Ulangkaji: Cara Paling Mudah untuk Faham Mengenai Konsep Bundar

Video Ulangkaji: Cara Paling Mudah untuk Faham Mengenai Konsep Bundar Sumber/Guru: Cikgu Mohamad Hakim Tahun / Tingkatan: Kelas Umum Subjek / Mata pelajaran: Matematik   Sebelum murid menguasai kemahiran membundar, murid perlu kuasai konsep bundar terlebih...



Shopee
kempen-cuti-sekolah-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib