Satu benda lagi yang perlu diperbetulkan dalam sistem pendidikan negara kita

sistem-pendidikan-negara

Satu benda lagi yang perlu diperbetulkan dalam sistem pendidikan negara kita adalah penyakit Bangau Oh Bangau atau blaming game.

Bila murid bermasalah, markah rendah, tak capai KPI yang ditetapkan di peringkat sekolah / PPD, pegawai dan orang atasan akan datang berkampung di sekolah.

Guru-guru terlibat dengan tahun peperiksaan akan dipanggil, dimarah, disuruh buat interversi, cari cara selesaikan masalah.

Marah-marah, tuduh orang tu salah, orang ni salah adalah budaya lapok yang perlu dibuang dalam sistem.

Jika result merudum, memang perlukan post mortem. Pegawai dan orang atasan yang berpangkat tinggi, datanglah bawa idea intervensi apa yang boleh dibuat untuk menaikkan balik result.

Bukan bawa idea sahaja, bawakan usaha sekali.

Setakat idea, tanya mak cik kantin pun mak cik kantin boleh bagi.

Masalahnya mereka (segelintir) yang datang, mai tuding jari salahkan guru-guru, pastu suruh buat macam-macam, and then blah. Semua atas batu jemala patik belaka yang kena galas.

 

Antara intervensi yang mereka bagi cadangan.

1. Buat modul pemulihan. Sekupang tak bagi duit. Cikgu-cikgu juga kena cari duit, print bahan beribu helai agih kat murid-murid.
2. Suruh buat kelas tambahan waktu cuti. Pegawai sekali pun tak tunjuk muka mai bantu ajar.
3. Suruh kesan murid sampai ke rumah, dia tak mai pun. Suruh cikgu-cikgu cari rumah murid, hadap perangai murid dan parent yang kadang-kadang menyakitkan hati, yang langsung tidak beradab dan tak menghormati.
4. Suruh fikirkan pembelajaran menarik, digital, bombastik, kreatif, guna segala macam ICT, flip classroom, PDP Abad ke 21 bagai, dia tak mai tunjuk pun contoh. Tak mai libatkan diri.

 

Pendek kata, hanya tahu salahkan, hanya tahu suruh itu ini tanpa sumbangan masa, tenaga dan wang ringgit.

Hempok segala masalah pada bahu guru-guru terlibat. Sedangkan kebanyakan masalah kerana sikap pelajar tu sendiri malas, tak nak usaha, tak bersungguh-sungguh, atau mungkin dalam kategori murid masalah pembelajaran, diskalkulia mungkin, atau disgrafia, atau disleksia.

Semua guru di peringkat mana pun cuba memberi yang terbaik, cuba bekalkan pelajar sebanyak mungkin ilmu, cuba gilap sehabis baik potensi mereka.
Jika ada segelintir yang lemah, bukan bermakna guru sebelum itu yang gagal.

Berhenti la dok ulang Bangau Oh Bangau ni.

Tunjuklah teladan dan contoh sebagaimana idea kalian mencurah suruh cikgu-cikgu buat itu ini tu.

Ha gituh.

#MFS

sistem-pendidikan-negara
sistem-pendidikan-negara
sistem-pendidikan-negara
sistem-pendidikan-negara
modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031