Topik awal sebelum pengenalan nombor adalah ‘banyak-sedikit, lebih-kurang’.
Secara kasarnya nampak mudah kan?
Percayalah, part ni sangat-sangat susah sampai ada guru Matematik skip dulu part ni.
Eh, kat mana susah? Kan senang tu?
Part paling susah ialah part ejaan. Budak baru masuk sekolah sehari dua, masih ramai tak tahu baca. Untuk mereka tulis jawapan ‘lebih’ atau ‘kurang’ tu memang mencabar weh.
“Cikgu, macamana eja lebih?”
“Cikgu, macamana eja kurang?”
“Cikgu, ni dia kata apa?”
“Tulis kat sini ke cikgu?”
“Cikgu. Kucing ni macam kucing saya lah”
“Cikgu, ikan tu mak kita masak sedapppp”
“Cikgu, dia ambik pemadam saya”
“Cikgu, saya lapar lah”
“Cikgu, saya penat lah”
“Cikgu, Mak Su kita cantik tau. Dia suka cikgu”
“Cikgu… Cikgu… Cikgu…”
Nohhhh, berpeluh beb nak setel satu muka surat.
Secara asasnya, topik ni bagus sebagai pengenalan awal bab ni. Namun tak payah masukkan soalan lagi. Cukup soal jawab dalam kelas sahaja.
Ni baru muka surat 4 dah kena mengeja, menulis, dan baca soalan. Lepas topik ni baru ada latihan tulis nombor 1-20 dalam angka dan perkataan. Tapi topik awal dari itu dah berbentuk ayat.
Kan terbalik tu. 😅
Apa pun, KPM nampaknya serius nak ubah silibus yang majoriti orang tak puas hati ni. Mereka dah buat Google form untuk tinjau maklum balas kita.
Jom isi sama-sama form ni : KLIK DI SINI
Kemungkinan besar pada tahun 2027 baru ada silibus baru ya.
#MFS
0 Comments