Murid Tahun 3 keronyokkan buku sendiri akibat stress.

buku-xplorasi-stem
tudung-si-comel
pentagonmath

stress-murid-sekolah

Seorang murid perempuan datang bertanya soalan dekat aku. Dibawanya buku yang keronyok teruk.

“Eh, kenapa buku awak keronyok ni? Tadi elok lagi buku awak. Siapa buat?” soalku kehairanan.

Mesti ada orang buat ni. Aku dah start nak marah dah. Siapa punya kerja buat jahat kat buku orang gini.

Muka murid tu nak nangis. Dia ketap bibir tahan airmata yang nak jatuh tanpa menjawab pun.

“Siapa buat keronyok buku awak ni? Bagitahu cikgu! Jangan takut” makin tegas dah aku bertanya.

“Saya buat sendiri cikgu,” perlahan dia jawab sambil memandang lantai. Airmata start menitik.

Tersentak aku dengar jawapan dia. Dah kenapa dia keronyokkan buku sendiri. Murid ni tadi elok je datang tanya soalan lain sebelum ni.

“Kenapa awak keronyok buku sendiri?” soalku kehairanan.

“Tadi masa buat saya tak faham. Saya cakap la sorang-sorang, ‘Susahnya Matematik ni’. Lepas tu Harith ejek-ejek saya,” bergetar jawapan itu keluar dari mulut dia. Dalam sedu sedan dan bertakung kolam airmata.

Fahamlah aku. Dia tertekan. Dia stress tak mampu faham. Tak mampu jawab. Dia tak faham kenapa pinjam satu dari minit perginya 60, bukan 10 macam biasa.

Dia tengah tertekan tak boleh nak faham dan tak boleh nak buat, bila kena ejek tanpa sedar dia luahkan geram dia pada buku sendiri. Diramas buku itu seolah berkata, ‘Aku benci soalan ini. Aku benci Matematik’.

Entah berapa ramai lagi murid lain diluar sana yang tertekan dengan silibus tinggi tak sesuai dengan aras mereka.

Dan akhirnya, perlahan-lahan mereka membenci subjek Matematik yang penting ini. Ia mula membunuh minat anak-anak kita dalam mengira.

Falsafah pendidikan negara kita menggariskan 4 unsur utama dalam pembelajaran. Semua guru-guru hafal falsafah ini

J.E.R.I : Jasmani. Emosi. Rohani. Intelek.

Berpuluh tahun kita berpegang pada falsafah ini. Satu falsafah yang sangat baik sebenarnya.

Namun dari segi realitinya, emosi anak-anak kita sedang ditekan oleh silibus yang tak sesuai dengan usia mereka.

Entah lah. Kadang penat juga dok ulang benda sama sejak bertahun-tahun dah.

Moga baik-baik saja lah semua hendaknya.

#MFS

T.me/EbookCikguFadli

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh...

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Masa rehat murid kelmarin, aku buat kerja kat meja macam biasa sebelum tiba-tiba adik Adam ni mai tegur. "Cikgu,...

Kisah Lucu di Kelas Matematik

Kisah Lucu di Kelas Matematik

"Kalau ada yang tak faham datang tanya cikgu okeh. Dah, buat kerja sekarang". "Baik cikguuuu!" bergegar kelas dengan...

Teka-Teki Budak Sekolah

Teka-Teki Budak Sekolah

M : Cikgu, saya ada teka teki.C : Ok, apa dia?M : Burung apa tak suka perempuan?C : Burung hantu?M : SalahC : Habis tu...

Lawak Teka-Teki di Kelas

Lawak Teka-Teki di Kelas

Masuk kelas tadi, murid datang mai bagi teka teki. "Cikgu. Coklat apa tak boleh berlari?" "Aik. Semua coklat tak boleh...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib