tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh: Mohd Fadli Salleh

Abah dan kesederhanaan.

Abah cukup sederhana dalam kehidupan. Lihat saja kereta abah, pakai Proton Waja sahaja sampai ke akhir hayat.

 


Masa aku darjah dua, abah beli kereta Nissan Sentra lama setelah kereta Ford abah eksiden dan total lost.

Cikgu-cikgu biasa kat sekolah abah pun ada yang pakai Honda Civic dan MPV. Sedangkan abah pengetua. Abah tetap dengan Nissan Sentra.

Sampai menjadi Pengarah IPGM pun abah masih pakai kereta Nissan Sentra tersebut walau dah 10 tahun usia. Ramai orang bergurau,

“Tuan Hj kena pakai BMW. Pensyarah biasa pun pakai Merc, BMW dan Volvo. Tuan Hj Pengarah, tak boleh dah pakai kereta ni”.

Abah senyum sahaja dan jawab,

“Saya anak ramai. Banyak nak kena tanggung. Cukup lah pakai kereta ni saja”.

Sampai ke sudah abah pakai Nissan Sentra tersebut. Sampai satu hari, abah bagi kepada Abang Ariff memandangkan Abang Ariff mengajar jauh dan isterinya mengandung.

Abah beli pula kereta lain. Kereta Waja sahaja. Bukan Merc, bukan BMW, bukan Volvo, bahkan bukan pun Honda.

Abah tenang dan layan saja gurauan kawan-kawan dia. Sikit pun abah tak ambil hati. Sebenarnya, bukan abah tak mampu nak bayat installment Merc atau BMW, tapi duit itulah yang abah sedekah saban bulan.

Untuk tanggung anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam kampung, untuk abah kumpul nak bawa setiap seorang anak-anak ke Mekah, untuk abah waqafkan bina pondok, bina masjid.

Bagi abah, rugi membayar kereta mahal-mahal. Lebih untung duit untuk bayar ansuran kereta itu disedekahkan, disimpan dan buat waqafan.

Kat rumah kami, tak pernah ada video tape. Video game tak pernah ada. TV kotak sahaja walau rumah orang lain dah pakai tv flat screen.

Peti sejuk satu pintu sahaja saat orang lain dah pakai peti sejuk dua pintu. Duit sekolah aku hanya 40 sen masa sekolah rendah. Masuk asrama penuh abah cuma bagi RM50 sahaja sebulan.

“Jimat-jimat duit tu lah. Abah tak bagi dah kalau kau boros atau duit habis”.

RM50 nak beli apa saja sebulan? Maka setiap kali outing kawan-kawan pergi main snooker, aku pusing bandar sahaja.

Kawan-kawan masuk KFC, aku pegi keropok dari penjaja tepi jalan sahaja. Waktu rehat di sekolah, orang masuk kantin beli makanan sedap-sedap, aku minum air kosong sahaja. Makan free di dewan makan nanti sajalah.

Duit yang ada tu, untuk beli keperluan asas di asrama. Sabun mandi, sabun basuh, ubat gigi, bedak, deodoran dan biskut sesekali outing.

Walau kadang baru dua minggu duit dah habis, aku takkan minta dengan abah. Abah dah cakap jimat duit tu, taat saja tanpa bantahan. Tidak pernah juga aku meminjam-minjam kerana abah pesan selalu, jangan amal berhutang dengan orang.

Abah tidak pernah merokok. Tidak suka lepak kedai kopi. Makannya sentiasa di rumah. Sangat-sangat jarang makan diluar melainkan masa tu kami pergi ke mana-mana.

Hasil perancangan kewangan abah yang betul, kami semua 9 adik-beradik abah dapat bawa ke Mekah.

Setiap bulan pula, banyak abah kirim barang dapur untuk anak-anak yatim dan ibu tunggal.

Sedikit demi sedikit abah renovate balassoh depan rumah menjadi lebih selesa dan baik. Abah beli tanah dan buat pondok untuk waqafkan.

Kami sekeluarga hidup tidak mewah, namun penuh dengan keberkatan.

Ah abah. Didikan abah sentiasa tersemat dihati ini. Semoga abah tenang di alam barzah sana.

Sayang abah hingga ke syurga. ❤️

#MFS
.

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
17 Perkara Ibu bapa Harus Tahu Tentang Durioo+

17 Perkara Ibu bapa Harus Tahu Tentang Durioo+

1. Anak-anak suka sangat dengan gadget dan tonton YouTube. 2. Risau juga weh memandangkan kat YouTube banyak content berunsur lucah, ganas dan extreme. Tapi tu lah, anak-anak suka layan kartun kat YouTube. 3. Walau mereka layan kartun Islamic dan tak ada pengaruh...

Sedikit sejarah tentang PBS

Sedikit sejarah tentang PBS

Sedikit sejarah tentang PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) : Dikatakan Menteri Pendidikan masa tu Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan PBS sebab tiru Australia. Australia laksanakan sistem School Based Assessment (SBA) Antara teknik penilaian maju la kiranya PBS...

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang. Dekat jam 12 malam dia mai suruh ajar. Mula-mula aku tunjuk-tunjuk cara je. Makin tunjuk makin tak faham ni, aku ambik je telefon dia tolong buatkan. Haishh, geram aku. Agaknya ni perasaan mak-mak dan ayah-ayah...

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita, tapi kita boleh ubah (siapa) orang yang patut ada disekeliling kita. Kita tak boleh nak ubah sikap orang yang suka mengumpat, menabur fitnah, suka menokok nambah cerita, suka melaga-laga, suka bersangka buruk....

Sayu juga tengok lukisan ni. Ia simple, namun mendalam.

Sayu juga tengok lukisan ni. Ia simple, namun mendalam.

Kena dengan ramai antara kita. Berusaha demi menyara keluarga, mencari rezeki yang halal dari siang membawa ke malam. Hanya untuk kesenangan anak isteri, seorang suami tidak kisah bersusah payah. Biar dia penat, biar dia berpanasan, biar dia basah ditimpa hujan, demi...

Bagusnya MYDIN Malaysia

Bagusnya MYDIN Malaysia

Terbaca perkongsian sahabat aku, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang bagusnya MYDIN Malaysia menyantuni pekerja OKU. Mydin menerima pekerja OKU tanpa membezakan gaji mereka dengan pekerja biasa. Bahkan lepas SPM dulu aku sempat bekerja di Mydin Kota Bharu, cari...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib