Agama ni pegangan hidup. Pegang sehingga mati dan kehidupan abadi selepasnya.

Agama ni pegangan hidup. Pegang sehingga mati dan kehidupan abadi selepasnya.

Aku rela putus kawan dari putus agama.
Rela khianat kawan dari khianat agama.
Rela dibuang dari circle mereka yang ‘high class’ dari aku membuang agama.

agama-pegangan

Aku takkan berdiam diri jika agamaku diancam.
Aku takkan berdiam diri jika ada agenda halus yang cuba menyelinap masuk dan merosakkan akidah aku dan saudara seagamaku.
Aku takkan senyapkan pengkhianatan terhadap agamaku jika aku tahu adanya hal itu.

Mendiamkan diri jika kita tahu ada penipuan dan pengkhianatan terhadap agama sedang berlaku depan mata adalah dayus dan tidak beretika.

Aku akan terus mendedahkan semua penipuan dan pengkhianatan.

Kerana aku tahu suatu hari nanti aku akan mengadap Tuhanku. Dan bila disoal nanti, aku ada jawapan depan Rabbul jalil.

Kali ini, pihak lawan bukan calang-calang.
Bukan kecil punya ‘perang’.
Bukan ringan punya ujian.

Aku berhadapan dengan tokoh dan nama besar yang punya jutaan pengikut di alam maya dan nyata.

Nama besar dan tokoh hebat yang disegani ramai orang. Yang punya pengaruh hingga ke peringkat atasan.

Dan aku juga hadap sebuah syarikat asing yang punya dana berbilion yang mampu mengubah naratif asal jalan cerita.

Aku cuma seorang cikgu kecil.
Yang tidak alim dalam agama.
Yang masih banyak dosa.

Aku tak mampu menandingi ketokohan dan banyaknya harta mereka.
Namun aku takkan mengalah kerana aku yakin apa yang aku perjuangkan ini betul dan benar.
Aku kental melawan walau sebesar mana cabaran dan ujian.

Kerana aku hidup berTuhan.

#MFS
– Insan kerdil dalam luasnya rahmat Allah taala.

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

April 2025
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930