Hari Ni Ada Aktiviti Mewarna

aktiviti-mewarna

Aktiviti mewarna

#Reshare

Hari ni ada aktiviti mewarna. Aktiviti mewarna ni memang antara aktiviti wajib untuk minggu transisi Tahun 1 ni.

Aku perhati je perangai murid-murid ni. Ada yang jenis cermat, lepas guna satu warna terus masukkan dalam bekas.

Namun majoritinya pesen bersepah lah. Jenis dah keluarkan dari bekas tak masukkan balik selagi tak siap kerja.

Berterabur la pensel warna atas meja. Yang jatuh-jatuh berlambak kat lantai.

Yang geramnya, bila aku bagi arahan,

“Kutip pensel warna dan alat tulis awak yang jatuh. Simpan elok-elok”.

Dari 10 murid yang pensel mereka jatuh, 3-4 orang ja ikut arahan. Hat lain buat muka tak kisah macam anak raja Saudi pula.

Hah, ni la realiti dalam kelas wahai ibubapa sekalian alam.

Anak-anak korang ni tak ramai pandai jaga barang sendiri. Jatuh betul-betul bawah kaki sendiri pun tak ambil tau.

Lepas tu bila balik mak menyinga pensel warna beli semalam dah tinggal 6 batang, pensel tulis letak 4 tinggal 1.

Dah kena marah dengan mak, cepat je diorang cakap,

“Kawan saya ambil pensel saya”.

Percayalah. Bukan begitu kisah sebenarnya. Yang sebenarnya pensel tu jatuh mereka tak kutip, mereka takut kena marah mereka tuduh kawan ambil pula. Serius, ini yang banyak berlaku.

So mak-mak sedoniaaaa, kalau anak jenis cermat dan pandai jaga barang, tak pa la nak beli pensel warna 24 batang ka, 36 batang ka.

Tapi kalau anak jenis ‘cakduh’, tolong beli warna yang basic 12 batang. Yang pendek cukuplah. Rega tak sampai rm3 pun yang pendek tu. Ambil pakej dengan pensel, pembaris, pemadam, dan sharpener baru rm3.99. Jenama Stabilo dah ni tau!

Boleh lihat sini : https://shope.ee/8KDgjtH9Iv

Hat ni kalau hilang pun tak ralat sangat. Kalau hilang yang 48 set rega dekat RM40 tu, memang jadi singa la mak-mak kat rumah.

Okeh nak tanya satu soalan,

“Alat tulis anak-anak kalian masih cukup ke dihari ke-tiga persekolahan ni?”

#MFS
– Kisah Tahun 1 –

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



promo tahun 1-4
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

September 2025
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930