Contents
- 1 Aku pernah melalui saat-saat ini. Dan rasanya, ramai juga yang serupa.
- 2 0 Comments
- 3 Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire
Aku pernah melalui saat-saat ini. Dan rasanya, ramai juga yang serupa.
Cikgu Mohd Fadli Salleh
Aku pernah melalui saat-saat ini. Dan rasanya, ramai juga yang serupa.
Memulakan hidup sebagai golongan pertengahan. Saat nak beli rak tv pun tak mampu. Peti ais beli 2nd hand sahaja, mesin basuh sekadar cuma.
Rumah kosong, tak beli sofa, apatah lagi aircond. Ia bermula dengan hampir tiada apa. Hujung bulan menggagau sini sana.
Saat cuti sekolah saat paling runsing. Nak balik kampung bukan sedikit modal kena keluar. Kereta nak kena servis, minyak lagi, tol lagi, buah tangan untuk keluarga kat kampung lagi.
Ia suatu memori yang perit saat itu, namun indah untuk dikenang. Betapa setiap yang kecil itu sangat-sangat disyukuri. Setiap kesabaran dan kegigihan di suatu ketika kini menampakkan hasilnya.
Saat Allah kirimkan rezeki lebih, saat ekonomi keluarga dan diri semakin baik, saat itu sebenarnya kita kembali diuji. Diuji lebih teruk dari kesempitan di suatu ketika dahulu sebenarnya.
Kita diuji apa kita bersyukur dengan kelebihan yang diberi? Apa kita semakin pemurah atau kedekut untuk memberi? Apa kita makin lalai atau makin mendekati?
Dan apa kita terus setia dengan pasangan yang bersama kita saat kita susah dan sempit itu?
Kesenangan, kemewahan, kekayaan sebenarnya banyak melalaikan orang. Ramai berjaya harungi ujian kemiskinan, namun ramai yang tumpas sebaik diuji dengan ujian kemewahan.
Mula jadi kedekut. Mula takut harta berkurang jika bersedekah. Mula angkuh, sombong dan lupa diri. Dan mula melupakan pasangan yang setia menemani kita saat kita tiada apa-apa. Mula nak pasang dua tiga atas alasan aku mampu dan kaya.
Itu ujian yang berat lagi besar. Jangan lalai, jangan kalah, dan jangan gagal ujian itu.
Kerana tiada guna harta setinggi gunung tanpa redha Allah taala. Tiada guna pangkat setinggi langit jika tidak lagi bersama dengan pasangan yang jujur dan setia.
Semoga Allah mencukupkan setiap dari kita. Memudahkan segala urusan kita. Memberi rezeki seluas-luasnya tanpa kita lupa yang kita masih sebagai hambaNya.
‘Tuhan jangan kau izin aku lupa, jangan kau biarkan aku mendepang dada.
Pasakkan hatiku pada kaki, paksakan ku tunduk, sehingga mati’.
Selamat pagi dunia maya!
Mohd Fadli Salleh
– Terbang tunduk –
Kemahiran Urus Diri Tahun 1 Masih Rendah?
by Admin Cikgu Fadli Online | Aug 5, 2022 | Kupasan, Umum
Tolong baca ni kalau anda ada anak yang tahun depan masuk DARJAH 1. Tahu tak ramai anak darjah 1, kemahiran urus diri mereka masih rendah? Tahu apa kesannya? 1. Anak kurang kosa kata bermakna. Sebab tu anak susah bina ayat di sekolah. Anak kurang...
Siapa ada anak-anak sekolah rendah dan lemah dalam Matematik, BM, English atau Sains?
by Admin Cikgu Fadli Online | Oct 4, 2021 | Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bilik Darjah / Tingkatan, Bilik Guru, Cikgu Mohd Fadli Salleh, Mata Pelajaran, Matematik, Sains, Shopee Collection, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6, Umum
Siapa ada anak-anak sekolah rendah dan lemah dalam Matematik, BM, English atau Sains. Ni Cikgu Fadli syorkan buku latihan yang bagus untuk anak-anak kalian. Buku ini dibina oleh guru berpengalaman berdasarkan silibus terkini. Harganya cuma RM6.50 - RM6.90 BM Tahun 1-3...
Buku Fizikal Cikgu Mohd Fadli Salleh
by Admin Cikgu Fadli Online | Sep 26, 2021 | Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bilik Darjah / Tingkatan, Mata Pelajaran, Matematik, Pendidikan, Sains, Shopee Collection, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6, Umum
Buku Latihan MATHZIER 1.0 Dan Modul EAZIER 1.0 Tahun 1,2,3 KSSR LINK BELIAN: https://shope.ee/89sVtA8xSC CIKGU FADLI SALLEH Guru Matematik Paling Berpengaruh di Malaysia Ciri-ciri EKSKLUSIF * KSSR * Kemahiran Asas * Aktiviti Padat * Latihan Kendiri * Pelekat Menarik *...
The struggle is real gais.
by Admin Cikgu Fadli Online | Jul 27, 2021 | Kupasan, Umum
Oleh:Β Mohd Fadli Salleh The struggle is real gais. Golongan M40 dan T20 satu persatu mulai tumbang. Yang masih bertahan pun makin susut semua simpanan. Kebanyakan situasi peniaga dan majikan di musim wabak ini bukan lagi untuk mencari keuntungan....
RUANG IKLAN
LANGGAN UPDATE TERKINI
Jom Subscribe untuk dapatkan Bahan PDP, Info dan Promosi Terkini!
Isi nama, email dan klik subscribe
JOM BERSEDEKAH

Recent Post
Kemahiran Urus Diri Tahun 1 Masih Rendah?
Worksheets for Year 4, Module 7: Helping Out.
Mudahnya belajar BAHAGI oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh
Time Flash Cards by Ms. Nashiha
English Year 3 Module 2 : Every day
Phonics Module for Year 1
Topik Kenal Nombor dan Operasi Tambah untuk Tahun 1
Unit 9 Bumi Udara Sains Tahun 2
Nota Ringkas Sains Tingkatan 1 Bab 3
Nota Subjek Bahasa Inggeris: Conjunction
Admin Cikgu Fadli Online on SuperMinds Unit 4: Lunchtime (I have got, I havenβt got)Admin: great!
Admin Cikgu Fadli Online on Modul Lembaran Kerja Pendidikan Kesihatan Tahun 3 – Jaga, Amalan dan WaspadaAdmin: Waalaikumsalam, wbt, Sama sama kembali, Ami…
Admin Cikgu Fadli Online on Modul Lembaran Kerja Pendidikan Kesihatan Tahun 2 – Ceria, Bahaya dan AwasAdmin: Sama sama kembali, Amiinn π
Admin Cikgu Fadli Online on Koleksi Contoh Karangan dan Latihan Bahasa MelayuAdmin: Thank you π
Admin Cikgu Fadli Online on Nota berkaitan tajuk ruang dan bentuk oleh Cikgu HakimAdmin: Sama sama kembali. π
Admin Cikgu Fadli Online on Koleksi Contoh Karangan dan Latihan Bahasa MelayuAdmin: Alhamdulillah, terima kasih... π
Admin Cikgu Fadli Online on Ulangkaji Matematik Tahun 2 PKPB Vol 1Admin: Waalaikumsalam, Silakan, Sama sama kembali…
Admin Cikgu Fadli Online on Modul Lembaran Kerja Pendidikan Kesihatan Tahun 3 – Jaga, Amalan dan WaspadaAdmin: Sama sama kembali, Amiin terima kasih π
Admin Cikgu Fadli Online on Ulangkaji Matematik Tahun 2 PKPB Vol 1Admin: Sama sama kembali, Alhamdulillah... π
Admin Cikgu Fadli Online on Ulangkaji Matematik Tahun 2 PKPB Vol 1Admin: Silakan, Sama sama kembali π
Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire
Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.
Makluman : Ebook Premium adalah merupakan sebuah eBooK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
0 Comments