Alhamdulillah. Setiap hari agihan berjalan lancar dengan pengawasan dua orang anggota Rela.
Kami peruntukkan 100 set barang dapur sehari. Biasanya 100 set ni dah habis seawal jam 2 petang.
Jam 11:45 lagi orang mula beratur panjang. Melayu, Cina, India, lain-lain kaum, bahkan bukan warganegara pun datang berbaris untuk dapatkan set barang dapur.
Orang betul-betul tengah susah. Terbaca baca kes selongkar tong sampah, curi tabung masjid, makan nasi dengan telur, ikat perut, bahkan cubaan membunuh diri kerana tertekan akibat PKP dan kemiskinan.
Abang ni datang, baca notis dan pulang dengan hampa. Datang semula esok bang ya. Isi maklumat, saya ejas runner hantar barang ke rumah abang.
Namun tidak dapat dinafikan, tetap ada pihak yang mengambil kesempatan. Mereka mengambil banyak-banyak semua bantuan tanpa mengira hak orang lain.
Orang jenis tamak begini, hidup mereka payah nak jadi kaya. Payah rezeki nak mendekat.
Percayalah!
Nanti aku dedahkan pula segelintir mereka yang suka mengambil kesempatan. Biar jadi pedoman, biar jadi sempadan.
Begitulah.
564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Dana Kita
#MFS
0 Comments