Berapa duit raya awak?

C : Berapa duit raya awak?
M1 : Entah. Tak kira.
M2 : RM263
M3 : RM400
M4 : Lupa. Eh, eh ingat dah. RM400 juga
M5 : RM65
M6 : RM1233
M7 : RM5000
M8 : Tak tahu. Mak pegang semua.

Kesimpulan awal suka-suka. Mungkin betul mungkin tidak. Jangan serius sangat okeh.

M1 jenis tak teliti, tak cermat, kurang hargai barangan dia. Barang dia wakaf semua.
Siapa nak guna, guna. Hilang pun dia tak sedih.

M2 teliti, cermat dan sangat kemas. Semua henda kena tersusun dan berdisiplin.

M3 tahu anggaran harta dia, cuma bukan jenis detail. Tak suka sesuatu benda terlampau perfect. Suka rempuh dan buat keputusan dulu, menyesal kemudian. Or mungkin keputusan tu tepat dan bagus.

M4 lalang. Suka ikut keputusan orang. Samada dia malu nak sebut nilai duit raya dia sendiri atau memang tak ambil tahu.

M5 jenis selamba dan tak kisah pandangan orang. Asal aku bahagia cukuplah, gitu orangnya.

M6 teliti dan cermat jaga barang sendiri. Sama macam M2.

M7 jenis tak nak kalah. Dia mesti terpaling dalam semua benda. Apa orang ada, dia acah-acah ada juga. Jenis sembang lebat.

M8 anak ibu yang soleh. Percaya pada ibu. Sedikit manja. Atau ibu terlalu garang.

Cuma satu saja aku pelik, kenapa duit raya anak-anak mak je boleh pegang? Kenapa ayah tak dibenarkan pegang? 🤔

#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –

T.me/EbookCikguFadli

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031