“Cikgu! Cikgu! Buka kan penutup air ni,” jerit murid dari kantin.

buka-penutup-air

“Cikgu! Cikgu! Buka kan penutup air ni,” jerit murid dari kantin.

Botol air yang berpeluh sejuk itu aku pegang, penutupnya dibuka perlahan-lahan. Botol air dihulur, murid lain pula datang beratur,

“Cikgu. Buka kan roti saya”.

Aku ambil dan buka roti roti itu. Murid ucap terima kasih dan terus makan. Seorang murid yang sedang hadap nugget dan sosej bertanya,

“Cikgu. Cikgu nak rasa tak?”

“Apa la awak ni. Cikgu puasa lah,” bisik kawan dia.

Aku senyum saja.

Beginilah anak-anak sekolah rendah. Terutama murid tahun 1. Usia baru 7 tahun. Lambat lagi kewajipan puasa tu nak sampai kat mereka.

Didik perlahan-lahan dengan hikmah, bukan memaksa hingga menderita.

Sedikit aku pelik, banyak juga pihak begitu memberatkan puasa sedangkan solat tidak diutama.

#MFS
– Kisah Tahun 1 –

Sumber: Mohd Fadli Salleh

T.me/EbookCikguFadli

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031