Dan setiap tahun juga semua buku-buku aktiviti itu murid buat dan ditanda guru sampai helaian terakhir. Tiada sehelai pun tertinggal.
Tak kira subjek apa pun. BM ke, Matematik ke, Bahasa Cina ke. Habis licin dibuat di sekolah dan guru tanda.
Puas hati dan rasa berbaloi keluarkan duit beli buku jika begini.
Di Sekolah Kebangsaan pun banyak je sekolah minta beli buku aktiviti tambahan. Masalahnya banyak yang tak habis buat. Bahkan ada buat tak sampai separuh dan tidak ditanda pun.
Maka ramai la juga parent merungut bayar dan beli buku mahal-mahal tapi tak guna pun. Rungutan mereka ada asasnya.
Kos buku bukan murah. Tapi parent usaha sediakan duit demi pembelajaran anak-anak. Mungkin ada yang sampai kena pecah tabung, kena pinjam duit dengan orang lain, semata-mata nak pastikan anak ada buku seperti kawan-kawan dia yang lain.
Dan alangkah kecewa jika buku yang sekolah suruh beli itu banyak kosong, tak dibuat dan tak ditanda.
Kalau perkara ini berlaku di sekolah anak-anak kalian, hadirlah ke Mesyuarat Agong PIBG dan usulkan tentang buku aktiviti yang tak habis dibuat saban tahun.
Setiap usul, cadangan dalam meeting PIBG direkodkan, dicatat dan perlu ada tindakan.
Sebab tu penting hadir meeting PIBG ya. Jangan merungut kat media sosial sahaja sedangkan meeting PIBG tak pergi.
Begitulah.
#MFS
.
0 Comments