Ni murid Tahun 6 2018. Murid kelas paling belakang, paling tak pandai dalam aliran. Nakal ya ampun. Sekolah jarang-jarang datang.
Sebaik aku jadi guru Matematik mereka, kehadiran yang teruk jadi cantik. Kelas tambahan awalnya tak sampai suku kelas datang, sentiasa penuh.
Mana tak nya, yang minat main bola, handal dan wakil sekolah, aku tak benarkan wakil sekolah jika kehadiran teruk, kelas tambahan tak datang. Terus rajin datang ke sekolah.
Yang selalu tak datang tanpa alasan, memang aku libas kaw-kaw. Terus kehadiran meningkat. Tapi ada yang kuat auta bagi alasan demam lah, sakit lah.
Aku pergi cari kat rumah. Ayahnya kata demam, tu tak datang ke sekolah. Budaknya elok tengah tidur masa aku sampai. Aku suruh ayah dia kejut, depan ayah dia aku pegang dahi, “Tak demam pun”.
Budak tok sah cerita la, muka cuak abih dah. Tak sangka cikgu disiplin nak pergi ke rumah. Ayah dia muka serba salah. Terus aku ceramah kat mak ayah dia juga.
“Beberapa bulan ja lagi nak exam UPSR. Usaha hantar anak. Lawan sikap malas tu. Tak pandai tak apa, asalkan rajin ke sekolah. Kalau tak datang esok, saya mai ambik kat rumah”
Esoknya terus datang dan tak pernah ponteng dah selepas itu. Budak tu tak pernah lulus Matematik dari darjah 1, sampai trial lulus atas pagar. Exam sebenar dapat B. Punya seronok dia mai peluk aku.
Cerita aku pergi rumah ke rumah murid yang ponteng, jumpa mak ayah siap ceramah kat mak ayah, tersebar pantas dikalangan murid-murid.
Hasilnya, semua takut nak ponteng atau tipu demam. 🤣🤣🤣
Kenangan sungguh lahai. La ni depa dah usia 19 tahun dah. Melata entah ke mana. Tahun ni pernah terserempak dengan salah seorang geng ni, terus datang salam cium tangan. Lepas tu buat video call kat kawan-kawan dia,
“Woi! Woi! Kau tengok ni aku jumpa siapa”
Hahaha. Kelakar betul budak-budak ni. Dah tu pimpin aku pi masuk kedai suruh ambik apa anak-anak aku nak. Dia nak belanja katanya. Aku tolak baik-baik. Dia pun struggle untuk kehidupan, dah kalut nak belanja anak-anak cikgu.
Awak ingat cikgu pun dah satu rahmat besar dah anak-anak tau.
Menjadi guru ni, bukan hanya aku yang mengajar mereka. Bahkan aku turut sama belajar dari mereka menjadi orang yang lebih sabar, lebih prihatin.
Walau dah pencen, aku tetap buat kelas online. Aku tetap upgrade ilmu pengajaran, ikuti perkembangan dunia digital semasa.
Dari situ aku buat Modul Pembelajaran Interaktif yang dinamakan Mathwizs. Sangat mudah untuk guru-guru dan ibubapa mengajar di rumah. Penuh dengan game yang menarik minat murid, slide, lembaran kerja, nota, bunting dan banner.
Lengkap untuk Tahun 1 hingga Tahun 6. Bab demi bab nota pengajarannya. Satu tahun dapat lebih 300 bahan pembelajaran interaktif. Memang berbaloi-baloi.
Dapatkan kat sini naaa : https://mathwizs.onpay.my/order/form/belianmathwizs
#MFS
NOTIS PENTING
Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Cikgu Fadli
Author
Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.
- Facebook: Mohd Fadli Salleh
- Tiktok: Mohd Fadli Salleh
- Telegram: T.me/MohdFadliSalleh
0 Comments