“Tolong apa pula?” soalku.
“Tolonglah tambah markah saya”.
“Eh, mana boleh. Tu je markah yang awak dapat”.
“Tapi cikgu, mak saya garang macam singa. Mesti mak saya marah saya dapat markah rendah ni. Cikgu, tolonglah,” rayu dia penuh kerisauan.
Tergelak dah aku masa ni.
“Ayah tak garang?”
“Tak. Mak je garang”.
“Ayokkk. Tatayokkk. Siapa suruh tak belajar betul-betul, masa jawab main taramm je? Kan dah dapat markah rendah. Sorry, cikgu tak boleh tolong awak,” balasku.
Sedih dia berjalan pergi. Kawan ajak main tak nak main dah. Tengah risau la tu apa nak jawab kat mak. Wakaka.
Rasain lohhh. Dulu cikgu dah lalu zaman seram nak tunjuk markah kat mak ayah ni. Sekarang zaman korang pula lalui.
Mak ayahhh. Jangan kasihan. Marah mereka cukup-cukup. Kuat sangat main phone sampai markah rendah ni dah kenapaaaa? Amboi, sedap je jadi batu api penghasut syaithonn ni. Wakaka.
Nasib kau la nak oii.
Mana yang anak-anak lemah Matematik tu, beli la buku Mathzier Matematik 1.0 yang aku bina tu. Rm6.90 sahaja senaskah. Ribuan soalan khas untuk kukuhkan asas anak-anak dalam operasi asas Matematik.
Untuk tahap 1, dapatkan sini : https://shope.ee/5ztZMM6DGz
Untuk tahap 2, klik sini : https://shope.ee/7A5VnbTH50
#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –
0 Comments