Dia macam kereta model terbaru. Syarikat kereta akan sorok sehabis baik design kereta mereka.
Sumber / Guru: Mohd Fadli Salleh
Dia macam kereta model terbaru. Syarikat kereta akan sorok sehabis baik design kereta mereka.
Untuk bagi orang teruja nak tahu macamana rupa model terbaru itu.
Syarikat kereta mulanya tunjuk tayar, esoknya tunjuk logo, lusa tunjuk bonet belakang, tulat tunjuk papan meter dan sebagainya.
Sedikit demi sedikit. Saja buat orang ramai tak sabar nak tahu rupa model terbaru itu.
Bahkan dari kilang ke showroom pun kereta dibalut kemas naik treler. Tak ada orang boleh nampak rupa kereta disebalik kain itu. Sampai kat showroom pun masih dibungkus sebaik mungkin, orang dalam pun tak boleh tahu sehingga harinya tiba.
Namun bayangkan masa kat showroom tu kain terselak. Staff dan penjual terus ambik gambar dan sebarkan kat kenalan, bahkan kat media sosial. Bangga jadi orang pertama tahu design kereta itu.
Orang ramai pakat search, pakat share dan pakat teruja dapat lihat awal.
Lepas tu apa? Yang minat kereta tu, akan beli. Yang tak minat atau tak ada modal yang cukup, hanya tengok saja.
Sama berlaku kat Neelofa. Dia bagi teaser Bilal. Awalnya tunjuk lengan. Lepas tu peha, belakang kepala, tangan dan sebagainya.
Tapi masa keluar di suatu hari, dia tak perasan wajah Bilal tak disorok dan dilindungi dengan baik. Ada orang sempat snap gambar anak dia.
Belum pun sampai hari yang dia bercadang nak reveal gambar anaknya, dah ada yang ambil gambar dan sebarkan. Jadi trending carian kat Fb, Google dan TikTok gambar Bilal. So, faham la kenapa Neelofa terkilan.
Ramai orang nak tahu dan nak tengok. Kerana apa semua teruja? Sebab dari awal hanya sedikit demi sedikit didedahkan. Sebab curiosity yang dibuat itu berjaya.
Lepas tu apa? Lepas tu orang akan teruskan kehidupan macam biasa.
Gitulah. Semua akan move on juga dari kisah Bilal ni. Orang akan tumpu pada isu baru yang sentiasa ada kat media sosial ni.
Okey dah la semua. Stop la cerita pasal Bilal. Parlimen dah bubar dah pun. Banyak isu lain perlu netizen gali lagi.
Kita doakan je lah Bilal menjadi anak soleh dan berjaya. Amin.
#MFS
0 Comments