Hari Orientasi Tahun 1

video-kafa

Hari ni Hari Orientasi Tahun 1 sekolah aku. Macam-macam ragam murid tahun 1 ni. Jom layan gambar-gambar. Caption kat gambar ya.

Murid dibawa ke kelas untuk aktiviti dan saringan. Kacak betul cikgu yang sedang agih lembaran kerja tu kan? Wakaka.

 

Awal-awal murid sampai kami kumpulkan mereka di dewan ikut kelas. Kemudian bagi makanan terus. Lapar anak orang woi. Kena jaga elok-elok. Bakal pemimpin negara semua ni.

 

Lepas tu berjalan masuk ke kelas dalam barisan. Kemain semangat semua. ❤️

 

Masa murid kat kelas, GB Ikhwan bagi taklimat pada parent kat Dewan Gosas.

 

Nohhh. Ada dah tak mau masuk kelas bergayut kat kaki mak. Cikgu Fakri datang memujuk,
“Dik. Jom lah masuk kelas. Ramai kawan-kawan tu”.
Mana maunyaaa pujuk gitu. Makin kuat meraung. Tepi sikit biar aku handle. Sebelum tu sempat snap gambar Cikgu Fakri sekeping buat memori.
Tak dan 10 saat aku handle, terus murid tu bangun berjalan pimpin tangan dengan aku masuk kelas. See my leg lah.
Yang geramnya, masa aku pujuk budak tu Fakri tak ambik pula gambar aku. Fakri ni memang tak leh jadi AJK dokumentasi lah. Momen menarik macam ni pun dia tak snap. Haishhh, panas je aku.

 

Yang ni tak nak masuk kelas juga. Nak abang ada baru nak duduk kat kerusi. Kalau tak nak lari keluar je. Si abang tu murid aku dulu juga. Dah besar panjang pun dia.
Tapi tu lah. Dah sekolah menengah pun kena masuk kelas Tahun 1 semula gara-gara adik.

 

Murid perempuan ni senang je kalau nampak mereka sedih dan nak nangis. Ajak je selfie. Terus hilang kesedihan. Senyum lebar siap peace bagai lagi.
Perempuan semuanya samaaaa!

 

Cikgu Herdawati bimbing murid-murid buat aktiviti.

 

Murid Tahun 1 hari ni VVIP kami okeh. Ke tandas pun kami iring. Siap pimpin tangan lagi. So mak ayah jangan risau okeh.

 

Kena Cikgu Loqman hari ni. Wakaka. Masa dia tunggu murid dia masuk tandas, tiba-tiba murid tu jerit,
“Cikguuuu!”
“Kenapaaaa?”
“Paip tak ada getah”
Baler tuan-tuan. Dia dah melepas, masa nak basuh baru tengok paip tak ada getah. Terpaksa la Cikgu Loqman cari getah paip kat tandas lain dan masuk dalam tandas murid pasangkan getah tu.
Murid rilek duduk atas mangkuk jamban dengan ehem2 melekat lagi kat bontot. Tahan nafas je la Cikgu Loqman. Melantun katanya. Mak dia masak tumis petai agaknya semalam. Rasain lohhh. Haha.

 

Nahhh. Aku pulak yang kena.
“Cikgu! Cikgu!”
“Kenapa?”
“Saya nak berak”
“Pergilah berak. Dah kat tandas dah ni pun”
“Saya tak boleh buka tali pinggang”.
Adoi mak ayah. Murid Tahun 1 ni tak payah la pakaikan anak-anak tali pinggang. Nak pakaikan juga, beli yang jenis mudah buka macam ni : https://shope.ee/6ADHkMv5ou
T.me/EbookCikguFadli

 

Tali pinggang pattern ni is a Big No! Jangan sesekali beli. Senang lekat, susah buka. Banyak dah kes murid ‘terbuang’ dalam seluar sebab tak berjaya bukak tali pinggang ni okeh.
Nak pakaikan tali pinggang juga, beli yang jenis mudah buka macam ni : https://shope.ee/6ADHkMv5ou

 

Aku bimbing murid buat aktiviti hari ni. Ni Cikgu Ibrahim yang ambik gambar. Harapkan di Fakri, memang tak de lah gambar aku. Haishhh.
T.me/EbookCikguFadli

#MFS
– Kisah Tahun 1 –

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930