Hukum Biar Berhikmah

hukum-biar-berhikmah

Hukuman dan denda saya paling tak suka. Jika lihat rakan sejawat denda murid begini saya akan tegur.

Murid buat salah apa pun, jangan sesekali denda mereka duduk atau berdiri luar kelas.

Kenapa?

Sebab diluar kelas mereka tak boleh belajar apa pun. Nak tengok whiteboard tak nampak. Nak dengar cikgu bagi penerangan tak jelas. Nak buat latih tubi pun tak boleh. Nak bertanya jika tak faham lagi lah tak dapat.

Yang mereka dapat, hanya hukuman. Pelajaran hari itu tertinggal terus. Langsung tak dapat apa melainkan malu dan dendam.

Murid buat salah, yes kena tegur. Kena denda. Kena hukum agar mereka berubah sikap.

Tapi bukan dengan denda yang membuatkan mereka tak dapat belajar apa pun hari itu.

Berdiri dalam kelas okey lagi. Dapat juga ilmu. Rotan tapak tangan pun okey lagi, lepas tu terus belajar.

Tapi hukum murid supaya keluar kelas adalah satu hukuman paling tak sesuai.

Kita seolah menjauhkan mereka dari ilmu pula. Jika ada rakan guru pernah buat hukuman ini, jangan buat lagi ya.

Guru patut mendekatkan murid dengan ilmu, bukan menjauhkan.

 

Apa murid dapat dari denda begini? Sayangnya murid tak dapat belajar apa hari itu kerana kena berdiri luar kelas.

Nak suruh murid pikul kerusi, suruh pikul dalam kelas. Sambil pikul sambil dapat belajar. Kan baik begitu.

denda

Yang ada anak-anak sekolah rendah, belikan mereka buku Xplorasi Stem ni.

Buku ini akan membawa anak-anak kita meneroka alam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam projek-projek yang mudah dilakukan di rumah atau di bilik darjah. Padat dengan fakta menarik dan menakjubkan juga.

Dapatkan sini : https://educaring.onpay.my/order/form/xplorasiSTEM/1393

buku-xplorasi-stem

Sekian coretan cikgu pencen.

#MFS
– Hukum biar berhikmah –

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

February 2025
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728