tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Siang tadi aku ajar murid Tahun 1 muka surat ni.

Payah namatey nak memberi faham pada murid. Siapa la reka dan luluskan sub topik ni? Aku nak ajak dia mai sekolah aku, ajar budak-budak aku page ni ja. Pastu aku nak rakam sebagai panduan.

Kesimpulannya;

1. Teknik ini jika murid kuasai mereka boleh mengira dengan laju.

2. Teknik ni langsung TAK SESUAI ada dalam silibus Tahun 1.

3. Tahun 3 ke atas mungkin boleh perkenalkan teknik ni. Tahun 1, a BIG NO!

4. Soalan yang dibina tak sesuai. Patut kalau nak perkenalkan pun, guna nombor kecil dahulu. 18 + 7 contohnya. Ni terus bagi nombor 36+46. Nak histeria aku nak bagi murid paham.

5. Soalan dibina terlampau sedikit. 4 soalan je? Sedangkan nak terangkan teknik ni at least ambik masa seminggu! Alang-alang dah buat tu, buat la banyak-banyak. Baru budak sempat mahir. Ni baru je belajar, baru nak dapat, soalan sedikit pastu lupa.

6. Mesti ada yang acah-acah bijak akan kata, ‘Kalau soalan sedikit, cikgu tulis la soalan sendiri kat papan putih suruh murid buat dalam buku tulis’. Sapa kata gitu, punggung dia hitam. Budak tahun 1 nak suruh tulis dalam buku tulis? Sejam masa belajar tulis hari dan tarikh pun tak siap-siap. Mereka kena terus buat latih tubi yang tersedia saja.

6. Teknik ni TAK SESUAI diperkenalkan kerana murid BELUM BELAJAR TOLAK lagi pun. Tapi teknik ni memerlukan murid pandai penolakan. Aje gile nak suruh budak tak pandai berenang pergi skuba diving. Tak ke haru?

7. Kalau ada guru skip part ni, jangan marah cikgu anak kalian. Betul dah dia skip. Sub topik ni buang masa ajar murid Tahun 1. Belum level mereka nak faham.

8. Dalam kelas aku ada 36 orang murid. Selepas mengajar sejam penat namatey, dah macam tarzan aku tempik, hanya 2 orang boleh faham dan kuasai. 34 lagi melopong tiru kawan, tanya aku jawapan.

9. Ya, mungkin ada kata cara mengajar aku tak kreatif, tak pandai sampai murid tak faham. Baca perenggan kedua. Meh sini ajarrrr mereka. Aku nak rakam dan sebarkan.

10. Nombor 6 aku tulis dua kali. Sebenarnya ni point ke 11 dah pun. Dan dah tak de point dah pun sebenarnya. Saja ja tulis panjang nak bagi korang penat baca.

Video pengajaran tentang topik ni boleh tonton sini :

Facebook:
https://fb.watch/f6Mbsz5f2m/

Youtube:
https://youtu.be/c2uuGXsa1Ag

Korang mesti terkejut lihat murid bagi maklum balas. Nampak berjaya betul PdP. Nampak faham betul murid. Realitinya, hanya 2 orang dari 36 orang yang faham.

Atau dalam percentagenya cuma 5.55% yang faham. 94.5% lagi tak tahu kebenda.

Sekian ulasan dari Cikgu Matematik Tahun 1 yang berpengalaman mengajar selama 18 tahun.

*********

Selit iklan sat.

Okeh, yang mana cari buku latihan BM, BI, SC dan Math tahun 1-3 klik sini : https://shope.ee/3fRZF6Z6Lg

Yang mana anak masih tak kuasai darab dan bahagi, suruh dia buat buku Mathzier Sifir ni : https://shope.ee/1L3eSuFIe1

Buku latihan Matematik tahun 4-6 klik sini : https://shope.ee/7zaYPEAIqn

#MFS
– Cikgu Sekolah Rendah –

T.me/EbookCikguFadli

 

Komen di post asal di Facebook

website-mudah

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


shopee
6 soalan Tahun 1.

6 soalan Tahun 1.

6 soalan Tahun 1. Ramai murid keliru soalan gini. Nak tak saya buat video cara ajar anak-anak soalan macam ni? #MFS   Komen di post asal di...

Sub Topik Hangat

Sub Topik Hangat

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh Dah masuk part ni kena ajar murid-murid. Antara sub topik yang menjadi bualan hangat adalah part ni lah. Tahun 1 dah kena belajar penggenapan puluh. Kuasai teknik ni, memang mereka boleh mengira dengan lebih laju. Cuma tu lah, part nak...



Shopee
langgan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib