Jaga Budak-Budak Exam Pertengahan Tahun

Kisah-Exam-Pertengahan Tahun

Suatu hari jaga budak-budak exam pertengahan tahun. Untuk murid tahun 1, ini kali pertama mereka lalui exam. Masa pertama, aku kena masuk 1 Iltizam. Kelas yang agak slow. Beg aku suruh letak kat belakang,alatulis dan pensel warna je atas meja.

Siap bahagi kertas, aku suruh murid tulis nama dan kelas. Masa ni pun dah berderet datang depan suruh tulis nama mereka. Ada yang datang tanya,

“Cikgu, macamana spell sharifah?”.

Aku baca arahan satu persatu bagi setiap muka surat, kalau tak baca kelaut habis ni.

Dah lebih separuh soalan dah aku tolong baca arahan dan kehendak soalan, punya nak bantu murid dapat jawab. Tiba-tiba, datang seorang murid lelaki bertanya,

“Cikgu, pensel saya mana?”

Rupanya dari awal murid ni tak buat apa pun. Nama pun belum ditulis. Saat ini aku macam nak menangis! Dah hampir sejam cikgu beri penerangan, baru sekarang kau datang bagitahu takde pensel?

Aku ingin sendiri, menangis dan kecewa!

#MFS

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031