JANGAN Bandingkan Keupayaan Anak-Anak!
Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh Subjek: Matematik Tahun/Tingkatan: Kelas Umum
IQ dan kecerdasan anak-anak kita tak sama. Ada yang laju, ada yang biasa-biasa, ada juga yang perlahan.
JANGAN bandingkan keupayaan mereka. Jangan!
“Adik tengok kakak tu. Markah dia selalu dapat 100%. Dapat nombor satu dalam kelas. Adik pula 60% sahaja. Nombor pun corot.”
Ayat sebegini adalah bom jangka dalam diam. Diperam dan dipendam hingga ada luka didalam.
Tolong jangan bandingkan. Sebaliknya terus bagi semangat dan dorongan.
0 Comments