Kes Gaduh Sekolah: Kisah Menarik dari Kelas Cikgu Fadli

video-kafa

Jom kita ikuti kisah menarik dari Cikgu Fadli tentang “Kes Gaduh Sekolah”. Dalam cerita ini, kita akan melihat bagaimana Cikgu Fadli menangani pelbagai masalah di sekolah. Jangan risau, ceritanya penuh pelajaran yang berharga. Selamat membaca!

kes-gaduh-sekolah

Pengalaman Cikgu Fadli Menghadapi Kes Gaduh Sekolah

Seminggu ni banyak betul kes gaduh, pukul kawan, ejek-ejek. Makan apa budak-budak ni aktif semacam minggu ni.

Banyak kes disiplin aku kena handle minggu ni. Kes buang kasut kawan dalam tong sampah pun ada.

Hari ni, kes cubit kawan sampai berdarah. Adoi. Padahal murid yang cubit tu baru lepas kena rotan kelmarin sebab tumbuk kawan.

Kebetulan murid tu report kat PK Petang, PK Petang terus maklumkan kat GB. GB perlu tahu setiap kes berlaku kat sekolah, jika parent mai serang sekolah beliau dah ready dan faham jalan cerita.

kes-gaduh-sekolah

Hari ni GB putuskan panggil dua kelas murid tahun 3 yang paling banyak buat masalah. Semua kena sound direct dengan GB.

Haaa, semua senyap, angguk-angguk belaka tadi. Lepas habis kena ceramah dengan GB, murid masuk kelas. Masa tu dengar geng-geng nakal dok borak sama dia,

“Kau la ni. GB marah tu. Kena dengan Cikgu Fadli tak apa lagi. Kalau dengan guru besar, mati kita dia panggil mak ayah kita pastu kena buang sekolah. Ayah aku garang wei”.

“Mak aku lagi garang dari ayah aku,” sahut kawan dia.

“Mak aku lagi lah”.

Hahahaha. Dah masuk topik mak garang pulak dah. Memang semua mak-mak di dunia ini garang nak oi.

Bak kata pepatah, ‘Mak jerit anak suruh pergi mandi, dengan ayah sekali pergi mandi. Jiran selang 3 rumah pun melompat pergi mandi juga’.

Jangan main-main dengan kuasa mak-mak ni.

#MFS
– Kisah sekolah rendah –

Pelajaran dari Cerita

Wah, macam-macam ragam ya kawan-kawan kita di sekolah Cikgu Fadli! Melalui “Kes Gaduh Sekolah”, kita belajar bahawa setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Ingatlah, kita semua boleh menjadi wira di sekolah kita dengan sentiasa berkelakuan baik. Jumpa lagi di cerita seterusnya!

Mohd Fadli Salleh

Mohd Fadli Salleh

Guru Matematik Sekolah Rendah

Mohd Fadli Salleh- Guru / Sumber Bahan di laman web Cikgu Fadli Online. Dapatkan Info menarik, bahan pembelajaran dan pengajaran di sini.

Facebook: Mohd Fadli Salleh 

Telegram: Tips Matematik dan Bahan Pembelajaran

Artikel Berkaitan

Berikut adalah beberapa artikel berkaitan dari cikgufadli.com yang mungkin menarik minat anda:

  1. “Kisah Dua Murid”
  2. “Awak Kena Dengar Teguran Pengawas”
modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930