Kisah Dua Murid

murid-yang-bijak

Gambar 1 :

Seorang murid yang bijak. Cepat menghafal sifir 2 hingga 9.

Bilamana ditanya mana bacaan dengan parent, murid cakap “mak ngan ayah sibuk la cikgu”.

Sedih betul dengar jawapan, sibuk manakah anda sampai tak boleh nak dengar bacaan sifir anak-anak sendiri?

Bacaan sifir 2 hingga 9 hanya ambil masa lebih kurang 5-10 minit untuk bacaan lancar macam ni.

Alangkah mahalnya 10 minit anda sehingga tak sempat luangkan masa dengan anak-anak. Tempoh hafalan sifir diberi bukan sekejap, tapi 2 minggu.. 😢

Sedih, sangat sedih. Apalagi yang lebih berharga melebihi anak-anakmu? Harta apa yang lebih bernilai melebihi anak-anak yang baik dan mendoakan.

Aku sendiri mengajar 4 kelas matematik tahun 3. Setiap kelas ada lebih kurang 35 murid bermakna semuanya ada 140 murid.

Setiap minggu aku luangkan 12 jam untuk dengar hafalan sifir anak-anak murid (tidak termasuk bacaan di luar waktu PdP)

Hemm, takpa la. Bersangka baiklah kita kan.

Maybe parent outstation selama 2 minggu kot. Tapi tak dinafikan, ramai parent yang ambil berat tentang anak- anak sampai call/wasap aku sebab risau anak tak dapat hafal sifir.

Tahniah,anda parent kesukaan saya ! ❤️❤️❤️

hadiah-dari-murid

Gambar 2 :

Dapat hadiah dari murid. 🙂

Hadiah terpakai rasanya ni,dari murid kelas last dan dari keluarga kurang senang. Terus pakai sebagai penghargaan. Biar la murah pun, aku sangat hargai.

Senyum lebar dia bila aku pakai and hargai.
Seronok benar dia.

P/s :- Hargai anak-anak anda, hargai apa jua hadiah yang diberikan kepada anda.

“Maybe that something for you is their everything”.

#MFS

– Memori Sekolah Rendah

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

February 2025
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728