Kesalahan Tahun

kisah-kesalahan-tahun

Semalam, bila aku tulis kisah ‘kesalahan tahun yang disengajakan untuk tarik fokus murid’, ada yang ingat aku memang silap, tapi nak cover. Hihi.

Nak cerita sikit je, aku cukup suka ‘bermain’ dengan hari, subjek dan tarikh untuk tarik minat murid-murid sebagai set induksi. Berikut beberapa cara aku buat untuk tarik fokus mereka :

1. Kebiasaannya orang tulis hari sebelah atas (kiri), matapelajaran atas (tengah), dan tarikh atas (kanan).

Aku tulis kesemua tu kat bahagian bawah. Ya, bawah tempat marker/kapur tu. Kadang aku tulis sebaris sebelah kanan atau kiri.

Hasilnya? Murid kehairanan lalu bertanya,

“Kenapa tulis kat bawah cikgu? Kan kena tulis kat atas.”

Pastu pasti ada murid cuit kawan dia yang tengah ralit melukis, dok ralit main pensil box dan cakap,

“Tengok-tengok. Cikgu Fadli tulis hari dan tarikh kat bawah la hari ni.”

Baru tulis hari dan tarikh, semua mata murid tertumpu kat depan dah. Ini satu kejayaan dalam menarik minat dan fokus murid!

2. Aku sengaja eja hari salah. Eja Matematik pun salah. Tulis tarikh pun salah. Semua tu nak bagi murid tegur dan betulkan. Biar semua murid cari kesalahan sengaja aku buat.

Hasilnya? Semua pakat fokus nak cari kesalahan sengaja aku. Pastu bangga mereka dapat jumpa dan tegur. Haha, comel je.

3. Aku pernah tulis dalam tulisan jawi atau Cina. Mengajar matematik je, tapi tarikh, matapelajaran, hari malah tajuk topik yang nak diajar pun aku tulis dalam jawi atau cina.

Apa kau ingat aku tak tahu tulis Cina? Memang aku tak tahu pun, aku hantam sajalah. Budak-budak bukan tahu. Haha. Mereka kagum saja.

“Wah, cikgu pandai jawi la. Pandainya tulis Cina. Hebatnya!” Kagum terus budak-budak.

4. Aku tulis hari eja ikut bunyi, contohnya Selasa jadi ‘SirLaSir’, topik guna simbol, tarikh guna soalan Matematik dan tajuk guna gambar.

Setiap kali aku nak lukis topik je mesti dengar bisik-bisik kat belakang,

“Tengok-tengok! Cikgu lukis apa tu? Cuba teka tajuk apa hari ni”.

Secara tak langsung kawan yang tak tumpu perhatian akan fokus apa yang akan aku tulis.

4. Aku sengaja tulis Matematik tu jadi ‘Matahari’ ‘Matamati’, ‘Matamama’ dan sebagainya.

Terkadang tak sempat lagi aku tulis matapelajaran, murid-murid kat belakang dah menjerit “Matamata cikgu”, yang lain menyampuk “tulis Matakucing pulak hari ni cikgu”.

Haha. Seronok weh. Budak seronok, kita pun seronok.

Sama juga bila nak tulis tarikh, masing-masing pakat bagi idea tulis tarikh dalam ayat Matematik. Secara tak langsung, semua tumpuan murid terarah kepada apa yang aku akan tulis. Malah dapat gilap mereka dalam mengira lagi.

Tiada lagi yang nak main pemadam bawah meja, nak melukis, nak berborak.

Adoi, ingat nak tulis pendek je. Terpanjang la pula. Okeh, yang penat baca stoplah. Aku nak sambung ni. Alang-alang dah muka menulis khennn.

5. Aku jalan pelik masa masuk kelas. Pernah aku jalan mengundur sewaktu masuk kelas.

Pernah juga aku seret kaki macam kaki patah. Atau masuk berkawad macam askar Korea Utara. Jenis angkat kaki paras kepala tu. Haha.

Confirm semua mata anak didik akan tertumpu pada gelagat cikgu. Rare beb!

“Tengok-tengok, cikgu jalan mengundur.”

“Tengok-tengok, kaki cikgu patah. ”

“Haha. Cikgu berkawad macam askar.”

Memang riuh la kelas tengok gelagat macam tu. Rasa macam retis pulak bila dapat sambutan hangat dari murid. Hihi.

6. Berlakon jadi orang lain dan orang asing. Ni pun best. Masuk je kelas, selepas salam, aku pekenalkan diri,

” My name is Michael Angelo. I’m from London. Errr, I only can speak Malay a little little. Syaya genti Cegu Fedli today.”

Buat-buat pelat Mat Saleh cakap BM. Rojakkan sikit English dengan BM. Kau tengok gila tak gila murid nanti. Huru hara kelas beb.

Esok masuk kelas kalau aku kembali seperti normal, pasti ada murid akan tanya,

“Cikgu. Mana Michael Angelo? Saya nak belajar dengan dia”.

7. Pakai pelik sikit dari biasa. Masuk kelas pakai helmet ke, pakai tengkolok ke, heret troli ke, pakai spek hitam ke. Memang budak akan semua fokus dan pelik dengan kau.

Kadang bawa bahan yang tak ada kaitan masuk kelas. Tiba-tiba bawa kereta tolak, pikul cangkul masuk kelas. Aje giler namanya. Memang histeria la kelas tengok kau masuk.

Ok dah la. Penat dah aku tulis. Banyak lagi cara lain sebenarnya yang aku buat. Cara cikgu-cikgu lain lagi power dan padu. Cara aku old school ja.

Cuba korang share cara cikgu korang dulu buatkan korang fokus dan teruja dalam kelas? Mana tahu aku boleh tiru.

Korang faham tak simbol kat bawah ni mewakili apa?

#MFS
– Berseronok setiap kali melangkah masuk kelas –

*********

Koleksi buku latihan Prasekolah. Klik sini : https://shope.ee/6KTD2CfEzB
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/6ACHnaMTzP
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/5AJkbrjfP8

T.me/EbooKCikguFadli

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031