“Cikgu! Cikgu! Ada orang buat ajaran sesat”, kalut seorang murid bagitahu aku tadi.
“Ajaran sesat apa benda pula ni?”
“Cikgu jom la pergi surau tengok sendiri,” ajak dia.
Layankan saja lah. Menapak la aku ke surau. Masuk je surau murid tu tunjuk,
“Tengok cikgu. 4 orang jadi imam. Ajaran sesat cikgu kan?”
Adoiii. Rupanya saling tak nak mengalah rupanya. Pakat berebut nak jadi imam. Dah tak dak yang mengalah, empat imam terus la senangggg. Makmunya tiga. Ramai imam dari makmum.
Wakaka. Buat hal la korang ni.
Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).
- Admin Elin-
0 Comments