Lebih baik lambat dapat jodoh dari terpilih jodoh yang salah.

Panas baran ke. Kaki pukul ke. Tahi judi ke. Kaki betina ke. Hisap dadah ke. Jenis tak peduli anak isteri ke. Pemalas ke.

Pilih betul-betul pasangan hidupmu. Biar lambat sedikit asal pasangan yang betul. Dan paling penting, kita sendiri perlu pandai berdikari dan cari duit sendiri.

Sebab ramai wanita tidak dapat melepaskan diri dari kongkongan suami yang tidak baik kerana tiada simpanan, tiada pekerjaan dan tidak pandai berdikari.

Banyak pm aku terima dari wanita yang terpaksa hidup bersama suami kaki pukul, penagih dadah dan suka maki hamun isteri kerana mereka tidak mampu berdikari tanpa suami itu.

terpilih-jodoh-yang-salah.

Kasihan melihat mereka terbelenggu dalam rumahtangga yang penuh dengan derita.
Didik anak-anak lelaki kita menjadi lelaki yang baik, bertanggungjawab, tidak menyakiti wanita dan budiman.

Didik anak-anak perempuan kita berdikari, pandai cari duit sendiri dan miliki simpanan peribadi. Kerana kita tidak tahu siapa bakal suami mereka.

Jika baik, alhamdulillah. Jika buruk, sekurangnya mereka ada jalan untuk keluar dari derita rumahtangga itu.

Semoga Allah memelihara zuriat dan keturunan kita semua. Amin.

#MFS

NOTIS PENTING

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Noor Azlin Mohamad

Noor Azlin Mohamad

Admin / Editor CikguFadli.com

Noor Azin Mohamad (Kak Elin)

  • Blogger , Live Host and Internet Marketer

Email: admin@cikgufadli.com

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



promo tahun 1-4
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

September 2025
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930