Di Sebalik Kegembiraan Anak-anak Main Belon

main-belon

Disebalik kegembiraan anak-anak main belon, ada 3 pengorbanan seorang guru yang tersangat besar ramai orang tak perasan.

1. Murid datang hulur belon dan kata, “Cikgu, saya tak pandai tiup”.

Maka guru dengan jujur dan ikhlas tolong tiup. Saat letak belon dibibir, rupanya belon tu penuh dengan air liur murid. Rupanya dia tiup banyak kali sampai bersembur air liur kat situ. Terkena aku. 😭

2. 130 orang murid yang diberi belon, hanya 3 orang pandai simpul sendiri. 127 orang lagi cikgu kena ikat dan simpul. Naik biru jari cikgu woi dok ikat kat korang. Krem jari rasanya ni.

3. Dan 127 belon yang cikgu ikat itu, semuanya penuh dengan air liur. Dengan redha cikgu simpul juga walau jari kebasahan dengan air liur murid sendiri. 😭

Redha sajalah. Nak buat macamana.

Besar esok-esok lupa nama dan rupa cikgu tak pa. Asal ada selit sekeping doa buat cikgu. Saat cikgu tak mampu lagi berdoa.

Begitulah.

********

Nak cari belon bagus kualiti murah harga, ketik sini : https://shope.ee/7UfGi3zO1R

Beli pam belon di sini : https://shope.ee/30CrLpg6lA

Better ada pam sebelum terkono gais.

#MFS
– Cikgu Sekolah Rendah –

T.me/EbookCikguFadli

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Contoh Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KAFA & UPKK (6 Subjek)
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

October 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031