Masuk je kelas, budak berdua ni datang mendekat.

Masuk je kelas, budak berdua ni datang mendekat.

untuk-cikgu
“Cikgu. Nah untuk cikgu,” kata Farisya dan Aina.

“Wahhh. Untuk cikgu ke? Terima kasih,” balasku.

Kemain seronok dapat hadiah dari murid. Walau set pen dan biskut Lexus tu murah je pun harga, tapi fitrah manusia. Suka sangat dapat hadiah.

Kawan-kawan lain dok perhati je kawan dia berdua ni bagi hadiah kat aku. Ada la sorang budak lelaki timbul idea ke dia.

Datang depan, bawa pensel yang dah pendek, ada pula kesan gigit kat hujung pensel, dihulur kat aku,

“Cikgu. Nah hadiah”.

Aku perati murid lain, dah mula ada yang check pensel box keluarkan pemadam sekerat, gam, gunting, dan macam-macam.

Ala baler, pakat nak mai bagi hadiah belaka.

Hahaha. Adoi la. Tak nak kalah budak-budak ni. Nampak sorang bagi hadiah, pakat nak bagi hadiah. Comel ada, geram tu tok sah cerita la.

“Sudahh! Sudahhhh! Masuk semuaaa! Tak payah bagi hadiah pensel pemadam awak kat cikgu. Awak nak menulis pakai apa nanti?”

“Saya ada pensel lain cikgu”.

Amboii. Menjawabbbb.

“Tak payahhh. Cikgu tak perlu pensel pemadam awak. Tak payah bagi hadiah kat cikgu dah. Guna untuk diri sendiri je”.

Sengih-sengih belaka kena marah. Mau tak marah, pensel pendek bekas kena gigit pun nak bagi juga. Adoi la anak.

#MFS
– Kisah Tahun 1 –

T.me/EbookCikguFadli

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

April 2025
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930