Menumpang Ilmu di Masa Rehat

menumpang-ilmu-waktu-rehat

Mengajar kelas aras bawah, ground floor. Kena pula mengajar waktu rehat murid tahun 1. Beginilah kebiasaannya. Murid tahun 1 yang dah siap makan pakat datang menumpang ilmu yang aku sampaikan.

Awal-awal dulu, setiap kali murid berkerumun luar kelas nak tengok aku mengajar, aku hambat pergi kantin. Tapi bila fikirkan balik, kenapa perlu halau mereka sedangkan mereka tak mengganggu. Selagi mana tak buat bising dan tak mengganggu, aku biar saja mereka turut sama belajar. Walau berdiri dari luar kelas.

Aku cuma pesan dua perkara,

“Yang mana belum makan, pergi makan dulu,nak datang tengok cikgu mengajar, lepas perut kenyang”

“Siapa yang buat bising atau ganggu abang dan kakak awak belajar,memang cikgu tak bagi datang dah”.

Mereka boleh terima syarat aku, maka disitulah mereka. Menumpang belajar ilmu yang tak mampu mereka hadam lagi. Huhu

Yang tak tahan, soalan aku ajukan kat murid Tahun 3, mereka yang kat luar kelas turut mengangkat tangan sama. Acah-acah nak jawab juga. Tapi takpe, semangat untuk belajar itu ada. Korang yang dah tua-tua ni malu sikit kat budak darjah 1. Rajin belajar meskipun waktu rehat. Kita waktu kerja pun main, tak malu sungguh.

#MFS

– Kisah Tahun 1-
T.me/EbookCikguFadli

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031