Pagi tadi, seperti biasa ratusan orang beratur depan kedai kami, 2F Gadget

video-kafa

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Pagi tadi, seperti biasa ratusan orang beratur depan kedai kami, 2F Gadget untuk ambil barang dapur.

Ada Melayu, Cina, India, bahkan bukan warganegara. Masa tengah ramai tu, datang polis peronda dan berhenti depan kedai kami.

Mereka ambil beberapa keping gambar, kemudian terus menuju ke arah kedai.

‘Allah. Nak kena saman ke?’ getus staff dalam hati.

Staff mula berdebar. Apakah kami akan kena saman?

polis-bantu-dana-kita-1

Masa ni staff dah ketar dah. Polis datang ambil gambar, ingatkan sebagai bukti kami buat kesalahan ke apa.

Rupanya abang polis datang membantu.

Mereka datang minta semua orang beratur elok-elok dalam jarak yang selamat, minta semua orang scan My Sejahtera dan bantu kami lancarkan agihan pagi ini.

Allah. Terima kasih abang polis. Terima kasih.

polis-bantu-dana-kita-3

Ratusan orang beratur depan kedai kami setiap pagi untuk ambil set barang dapur.

polis-bantu-dana-kita-2

Staff mengagihkan barang dapur.

polis-bantu-dana-kita-4

Aunty berbangsa Cina antara yang datang ambil bantuan. Datanglah, tak kisah kalian bangsa apa, agama apa, asal terdesak pasti kami akan bagi tanpa banyak soal jawab.

564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Itulah kami, Dana Kita.

Mohd Fadli Salleh

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



promo tahun 1-4
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

September 2025
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930